Wednesday, March 31, 2010

Ermm..Nothing To Say..

lagi berita tapi dh lama dh...cuma...
bila berdaki..kompom berbau..
penjenayah tinggalkan 'najis'!

KAJANG – Tindakan dua anggota polis peronda yang menahan dan memeriksa sebuah kereta Proton Wira membongkar rahsia besar iaitu kegiatan sindiket mencetak duit syiling 50 sen palsu.

Kereta dinaiki dua lelaki itu ditahan pada pukul 5 petang kelmarin di Jalan Restu menghala Semenyih dekat sini oleh dua anggota polis peronda yang curiga melihat kenderaan itu seolah-olah membawa barang terlalu berat.


Sebaik memeriksa but kereta itu, anggota polis tersebut terkejut menemui 35 beg plastik yang mengandungi duit syiling palsu yang kesemuanya berjumlah 35,000 keping.

Anggota polis itu turut menemui dua alat acuan berbentuk bulat yang menyamai saiz duit syiling tersebut.


LAGI BERITA...

KUALA LUMPUR: Pernahkah anda ketahui kemungkinan duit syiling 50 sen yang ada di dalam simpanan anda adalah palsu?

"Kami mendapat tahu tentang perkara ini apabila ada peniaga datang bertanya di pejabat kami mengapa duit syiling mereka tidak diterima oleh mesin-mesin meter tempat letak kereta di Kuala Lumpur, Jinjang, Selayang dan sekitar kawasan Majlis Petaling Jaya.

"Apabila kami periksa duit-duit syiling tersebut, kami temui beberapa perbezaan di antara syiling yang betul dan palsu, seperti logo wau di belakangnya tidak begitu terperinci.

"Bila duit-duit syiling dijatuhkan ke lantai, kita boleh bezakan melalui bunyinya," ujar Ketua Belia Gerakan Ma Woei Chyi semalam.


Tambahnya, cara terbaik untuk menentukan keaslian sesebuah syiling itu adalah melalui satu ujian mudah menggunakan magnet.

"Syiling yang tulen tidak akan bertindak terhadap magnet, manakala yang palsu adalah sebaliknya kerana kita percaya duit syiling tiruan diperbuat daripada bahan-bahan mentah yang lebih murah, seperti besi.

"Kami syak yang duit-duit syiling ini adalah palsu dan kami mahu orang ramai berhati-hati dan sedar akan perkara ini, " katanya.

Ma memberitahu media semalam bahawa terdapat lima kes diterima daripada peniaga-peniaga yang bertanya tentang ketulenan duit syiling 50 sen mereka sejak bulan lepas.

Dia menyeru agar Bank Negara menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan segera.

"Sebelum ini, kita telah saksikan sendiri duit syiling RM1 yang palsu. Saya harap, perkara ini dapat diatasi sebelum masyarakat hilang kepercayaan terhadap duit syiling 50 sen," tambah Ma.

Dalam pada itu, seorang pegawai Bank Negara ketika dihubungi semalam berkata: "Ketika ini, kita tidak boleh lagi mengulas tentang perkara ini. Tetapi, saya nasihatkan orang ramai supaya membuat laporan polis jika rasakan duit syiling 50 mereka adalah palsu.

"Kami sentiasa bekerjasama dengan pihak polis dan mereka mempunyai kuasa untuk menyiasat perkara ini. Orang ramai juga boleh membantu dengan memberitahu kami dari mana mereka perolehi duit-duit tersebut."

Tambahnya lagi, bilangan kes penipuan duit syiling 50 sen ini bagaimanapun adalah sangat rendah.

"Ujian magnet dan bunyi boleh digunakan untuk memastikan tahap ketulenan duit syiling. Tetapi, saya seru orang ramai agar menggunakan duit-duit ini tanpa sebarang keraguan," katanya.

OK, APA KATA BNM?
HURMM.....



Ref No: 06/06/08

Embargo: For immediate release

Penjelasan mengenai duit syiling palsu 50 sen

Laporan-laporan akhbar baru-baru ini yang mengatakan terdapat banyak duit syiling 50 sen palsu dalam edaran adalah tidak benar dan mengelirukan. Penyiasatan oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan bahawa kes pemalsuan sedemikian adalah terpencil dan jumlah yang terlibat amat kecil.


Bank Negara Malaysia bekerja rapat dengan pihak Polis Diraja Malaysia dalam menangani kes pemalsuan wang kertas dan duit syiling dan tindakan-tindakan segera diambil untuk memberkas mereka yang terlibat dalam aktiviti jenayah sebegini. Orang ramai perlu terus menggunakan duit syiling 50 sen tanpa sebarang keraguan.

Bank Negara Malaysia
22 June 2006

© Bank Negara Malaysia, 2010. All rights reserved.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Menjana Kawangan