Wednesday, March 31, 2010

Lambakan Duit Palsu di Pasaran?

..aku muskil sungguh...
hari2 penggunaan kita dalam urusan wang neh..
berita nih dah lama pun..jom ushar..

JOHOR BAHRU: Polis Johor menumpaskan kumpulan membuat wang syiling palsu dan menahan tujuh individu termasuk seorang wanita dalam empat serbuan berasingan di Kulai dan Pontian sejak 9 Ogos hingga Sabtu lepas.




Ketua Polis Johor Datuk Hussin Ismail berkata dalam keempat-empat serbuan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor berjaya merampas sejumlah 32,300 keping syiling 50 sen Malaysia palsu berjumlah RM16,150, syiling S$1 Singapura sebanyak 85,280 keping berjumlah S$85,280 dan 120 keping syiling RM1 berjumlah RM120.

"Serbuan pertama dilakukan kira-kira 12.10 tengah hari Rabu lepas ke atas sebuah premis di Taman Putri Kulai. Ketika serbuan, premis itu bertutup dan kita percaya ia pernah dijadikan kilang membuat syiling palsu berdasarkan penemuan sekeping wang syiling 50 sen Malaysia dan dua keping besi nipis yang masih belum bercetak," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini.

Hussin berkata dalam serbuan kedua di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Pontian, kira-kira 12.15 tengah hari pada hari yang sama, pihaknya menahan lima lelaki dan seorang wanita berusia 20 hingga 30 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan menghasilkan wang palsu dalam bengkel berkenaan.

Katanya pemeriksaan lanjut di dalam bengkel itu menemui syiling S$1 sejumlah 85,000 keping, syiling 50 sen sebanyak 2,700 keping bernilai RM1,350, dua pasang acuan untuk wang syiling 50 sen tahun 2004 dan 350 keping tembaga yang masih belum bercetak.

Polis turut menemui sepucuk revolver .22 Smith & Wesson dalam keadaan terlerai, 29 butir peluru jenis Super X .22 dan dua butir peluru GFL 7.65 mm, di tingkat atas bengkel dua tingkat itu, katanya.

Beliau berkata polis seterusnya membuat serbuan ketiga kira-kira 10 pagi di sebuah bangunan perniagaan Sabtu lepas dan menemui 19,600 keping wang syiling 50 sen berjumlah RM9,800 serta pelbagai peralatan dan mesin menghasilkan syiling palsu di dalam bangunan berkenaan.

"Antara ditemui termasuk empat tangki air yang berisi cecair disyaki bahan kimia bagi menjalankan kerja menghasilkan syiling, tiga kampit asid borik, sekampit sodium dichromati, empat tong asid sulfurik, sebuah mesin pengering, 29 acuan kosong, dua unit acuan bertanda 20 sen, dua acuan bertanda 10 sen, dua unit acuan bergambar wau bulan dan dua unit mesin besar untuk membuat syiling," katanya.

Katanya pemeriksaan lanjut di sebuah bilik kecil di bangunan itu turut menemui 10,000 keping syiling palsu 50 sen berjumlah RM5000, dua mesin mencetak syiling, 280 keping syiling S$1, 120 keping syiling RM1, sebuah mesin jenama Festo dan empat pasang acuan syiling 20 sen.( serius menakutkan! yelah syiling 20sen pun dipalsukan!)

Hussin berkata susulan serbuan ketiga, polis seterusnya berjaya menahan seorang lelaki berusia 47 tahun dalam serbuan terakhir kira-kira 1.45 tengah hari, hari yang sama di rumahnya di Taman Rimba Jaya, Rimba Terjun, Pontian.

Beliau berkata, lelaki berkenaan merupakan pemilik sebuah kilang di Jalan Parit Masjid, Pontian dan pemeriksaan di kilangnya menemui sebungkus plastik hitam mengandungi tiga pasang acuan syiling 50 sen yang bercop Wau Bulan tahun 2005 dan sepasang playar yang diubah suai bagi membentuk syiling.

Katanya kesemua termasuk tiga lelaki warga China dan wanita warga Indonesia yang ditahan kini direman sehingga esok untuk membantu siasatan dan kesemua mereka boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 232 dan Seksyen 235 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan.

"Kita percaya kumpulan ini terlibat dalam kegiatan ini sejak tiga bulan lepas berdasarkan tempat ia dijalankan. Bagimanapun, kita masih menyiasat kemungkinan ia dilakukan sejak tahun lepas kerana ia turut melibatkan RM1 yang kini tidak digunakan lagi di negara ini," katanya.

Ekoran itu, polis juga kini mencari lima lagi lelaki yang dipercayai seorang daripada mereka perancang utama kumpulan itu untuk membantu siasatan dan meminta orang ramai menghubungi polis jika mempunyai sebarang maklumat.

"Mereka yang dicari adalah Koh Hee Chan atau Ah Chan, beralamat terakhir di 28, Bandar Permas, Kukup, Pontian; Khor Chua Guan atau Ah Siaw, beralamat di 2639, Sungai Udang, Nibong Tebal, Pulau Pinang; Kak Man Cheong, beralamat di Batu 10, Jalan Paloh, Yong Peng, Johor; Lew Chin Chung, 1842-1843, Taman Ujong, Seremban dan lelaki yang dikenali sebagai Ah Heng, yang tidak diketahui alamatnya," katanya. BERNAMA



RUMUSAN

rasanya..leh diandaikan bahawa..
duit 50 sen palsu lebih cenderung kepada tahun

2004 dan 2005

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Menjana Kawangan