Wednesday, August 31, 2011

RM1.00 CROSSPREFIX

PERHATIAN bagi peminat crossprefix,
RM1 duit raya prefix
ABW vs ABX...
( smallfont / bigfont)

ADT vs ADU...
(bigfont / smallfont)


AAA-ABW (small) / replacement ZAA
ABX-ADT (big) / replacement ZAB
ADU - ### (small) / replacement ZAC

RM1.00 CROSSPREFIX ADT / ADU

PERHATIAN bagi peminat crossprefix,
RM1 duit raya prefix
ADT vs ADU...
(bigfont / smallfont)


AAA-ABW (small) / replacement ZAA
ABX-ADT (big) / replacement ZAB
ADU - ### (small) / replacement ZAC

Monday, August 29, 2011

SYILING BARU MALAYSIA

SALAM KEPADA PARA PENGUNJUNG BLOG
- KOLEKSI BEKOK -

Arini aku nk upload set

Syiling Malaysia Siri 3....

jom ushar....

















Thursday, August 25, 2011

FREAK OR FAKE?


Post kali ini , aku akan menunjukkan beberapa contoh FREAK yang original dan diperolehi terus dari BNM atau dalam edaran pasaran.

Berikut merupakan contoh-contoh yang diperolehi daripada facebook, mudah, ebay dan google. Sebarang penggunaan gambar berikut telah dirahsiakan no prefix dan sirinya. Sekian harap maklum.












sekian...


RM10.00 GABENOR ZETI AZIZ WITH FREAK BUT FAKE


ASSALAMMUALAIKUM
DAN
SALAM SEJAHTERA...


Post kali ini mengenai wang kertas error atau dikenali juga sebagai wang kertas yang rosak. Bagi melengkapkan koleksi yang ada dengan pelbagai jenis kategori koleksi wang kertas dan syiling... aku tertarik dengan sekeping duit nih, - RM10.00 dengan cetakkan agong yang 'kosong'.

Berkenan dengan harga yang murah ditawarkan, aku pun berbincang dengan seller dan mendapatkannya dengan harga yang berpatutan..


Setelah sampai je note kat tangan aku, macam biasa aku akan pastikan note yang diterima dalam keadaan baik. Berikut merupakan analisis yang telah dibuat dan mengambil masa sekitar 20 minit bersama closeUP gambar.


Kategori : Freak but Fake
Face Value : RM10.00
Gabenor : Datuk Zeti Aziz
Prefix Series : PG 4000214
Condition : VFine

closeUP pada bahagian muka note. Dapatan mendapati bahagian yang 'kosong' mengerutu dan mempunyai bahagian yang licin. Selain itu juga terdapat 2 bau iaitu - bau wang kertas malaysia dan bau bahan kimia.


Hanya bahagian wajah agong sahaja yang kosong dan dipercayai dicuci bersih menggunakan span dan bahan kimia yang bersesuai. Profile pencuci dikategorikan sebagai cekap dan teliti.


Bahagian belakang note pula berkeadaan baik dan tidak mencurigakan. Selain itu juga bahagian belakang note tidak pudar warnanya dan tidak mempunyai bau bahan kimia.


CloseUP dari bahagian atas note.


CloseUP dari bahagian atas note.


CloseUP dari sisi kanan.


Kebiasaannya wang kertas yang rosak atau FREAK original akan dijual dengan harga yang tinggi, tidak hairanlah jika aku mendapatkan note ini dengan harga yang murah. Berbaloi untuk dikira kerana ia lain dari yang lain dan bayaran lebih kepada 'kemahiran' yang digunakan untuk menghasilkan note sedemikian rupa.


Ujian bayang .


Ujian bayang .


Ujian bayang dipraktikkan untuk mengetahui tahap tembus cahaya dan mengetahui tahap 'kerosakan' yang berlaku dalam penghasilan 'freak but fake' ini.


Ujian Ultra Ungu. - Note dikesan berlaku kerosakan dan ujian mengesahkan note telah diwash atau dibasuh menggunakan bahan kimia yang bersesuaian.


Perhatian benang-benang keselamatan yang ditaburkan di atas permukaan kertas wang Malaysia ini. Didapati pada bahagian 'kosong' wajah agong telah mengalami 'kekosongan' benang benang keselamatan.


Perhatian benang-benang keselamat yang telah 'putus' akan digosok oleh pepejal yang lembut / contohnya span.

Ujian mengesan benang keselamatan ini boleh dilakukan juga kepada note / wang kertas Malaysia dari siri gabenor ahmad don sehingga siri sekarang. Jika terdapat banyak benang keselamatan adalah diakui wang kertas berkenaan bebas daripada dibasuh atau diwash. Contoh wang kertas yang biasa dibasuh atau diwash adalah RM1.00 Ali Abul Hassan (cr), RM2.00 Prefix ZB (replacement), RM50 Side Sign Ali Abul Hassan.


CloseUP bahagian kanan muka hadapan note.


Ujian diteruskan dan mendapati watermark BNM masih boleh dilihat dan kurang peratusannya mengalami kerosakan.


Hanya terdapat sebilangan kecil benang keselamatan (namun telah putus-putus) yang ada pada bahagian yang kosong.


CloseUP lagi...


CloseUP dan ujian dilakukan pada bahagian belakang note, ternyata bahagian hadapan sahaja telah 'diusik' dan diakui permukaan belakang note adalah dalam keadaan ORIGINAL.


CloseUP...


thanks for view... FREAK but FAKE

Wednesday, August 24, 2011

5 KATIS RUBBER COUPON 1942 (SARAWAK)

Berikut merupakan kupon getah atau dikenali sebagai rubber coupon yang diterbitkan pada 31 MARCH 1942 secara rasminya... 5 KATIS atau diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia ialah '5 kati' atau bersamaan dengan 5 x 600gram = 3 kilogram...

isk betul ke andaian aku nih? hahaha.. apa pun mari sama sama lihat kupon baru aku nih... kupon yang dapat dengan cara 'swap' atau pertukaran koleksi suka sama suka...


GLAMOR NAME : SARAWAK RUBBER COUPON
CONDITION : EF -> almost aUNC..

VALUE : 5 KATIS
COLOUR : BLUE+GREEN+WHITE
PREFIX NUMBER : 442598
DATE : 31 MARCH 1942





5 KATIS RUBBER COUPON 1942 (SARAWAK)

WANG KERTAS SUNGEI BULOH


Pihak berkuasa telah mengeluarkan mata wang kertas Penempatan Rumah Sakit Kusta di Sungai Buloh / Sungei Buloh (ejaan lama)... untuk kegunaan di kawasan penempatan tersebut pada tahun 1935. Keluaran terawalnya adalah dari note jenis 5 sen sehinggalah pada tahun 1936, pihak berkuasa telah menambah kepada value / nilai 10 sen dan 1 Dollar. Token matawang yang digunakan ketika itu juga telah ditarik balik penggunaannya.

Kenapa?

Kerana......

Pada masa berkenaan , orang ramai percaya bahawa penyakit kusta boleh disebarkan melalui sentuhan tangan dan sentuhan barang-barang yang dipegang oleh pesakit kusta, bagi mengelakkan dijangkit note / wang kertas ini dikeluarkan...

Contoh note / wang kertas




Pihak berkuasa telah mengeluarkan mata wang kertas Penempatan Rumah Sakit Kusta di Sungai Buloh / Sungei Buloh (ejaan lama)... untuk kegunaan di kawasan penempatan tersebut pada tahun 1935. Keluaran terawalnya adalah dari note jenis 5 sen sehinggalah pada tahun 1936, pihak berkuasa telah menambah kepada value / nilai 10 sen dan 1 Dollar. Token matawang yang digunakan ketika itu juga telah ditarik balik penggunaannya.

Kenapa?

Kerana......

Pada masa berkenaan , orang ramai percaya bahawa penyakit kusta boleh disebarkan melalui sentuhan tangan dan sentuhan barang-barang yang dipegang oleh pesakit kusta, bagi mengelakkan dijangkit note / wang kertas ini dikeluarkan...

Contoh note / wang kertas :










RM10.00 GABENOR ZETI AZIZ WITHOUT SILVER THREAD


Berikut merupakan RM10.00 keluaran BNM dari zaman Gabenor Zeti Aziz yang tiada security silver thread atau dikenali juga sebagai 'without silverthread'..... prefix yang tak de jalur keselamatan di sisi kanan nih bermula dari prefix CY sehingga FC...











Saturday, August 13, 2011

ALMOST SOLID NUMBER

Berikut merupakan koleksi almost solid ataupun nombor siri duit yang hampir2 solid... solid bermaksud ...bersamaan.... contoh seperti 111111, 22222,33333, 4444, 55555 dan seterusnya... dan paling ONG tentulah nombor 8888888 hehehe...

apapun, jom ushar dulu.. aku masih tak mampu memiliki solid number, jadi.... almost solid pun boleh leee....


SX 3333233

SX 3333332

NP 0566666

YV 3333331

2 keping ni istimewa sebab dapat pun dlm edaran pasaran hehe... satu jumpa kat Cafour, satu dapat kat kantin sekolah,.. syukur...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Menjana Kawangan