Wednesday, April 27, 2016

BELI DUIT PRINTING ERROR






BERIKUTAN LEDAKAN PARA NUMIS MULA MENGUMPUL WANG KERTAS SALAH CETAK

MAKA.... 

PIHAK KOLEKSIBEKOK 

MENGIKLANKAN, SERTA MENCARI DUIT DUIT SALAH CETAK, JIKA ADA BOLEH HUBUNGI WHTSP 012-33 445 33. SEKIAN TERIMA KASIH







JUAL DUIT ERROR






BERIKUTAN LEDAKAN PARA NUMIS MULA MENGUMPUL WANG KERTAS SALAH CETAK

MAKA.... 

PIHAK KOLEKSIBEKOK 

MENGIKLANKAN, SERTA MENCARI DUIT DUIT SALAH CETAK, JIKA ADA BOLEH HUBUNGI WHTSP 012-33 445 33. SEKIAN TERIMA KASIH







Tuesday, April 26, 2016

JUAL BELI DUIT LAMA



BERIKUT TREND SEKARANG ADALAH MENYIMPAN JENIS WANG SALAH CETAK, MAKA ......

PIHAK KOLEKSIBEKOK 

MENGIKLANKAN DAN MENAWARKAN JIKA ANDA ADA MENYIMPAN DAN MAHU MENJUAL KOLEKSI UNIK ANDA, 

SILA WHATSAPP KE 
012-33 445 33 (BEKOK)




CONTOH


CONTOH


CONTOH


CONTOH


CONTOH


CONTOH


CONTOH

Thursday, March 10, 2016

RM20 ZA REPLACEMENT

BERIKUT MERUPAKAN RM20 SIRI KE-12..... SIRI GANTIAN / REPLACEMENT.

MUDAH UNTUK DAPATI ZA UNC BAGI ZAO, ZAOO...

TETAPI SUKAR JUGA UNTUK MENCARI ZAOOO, ZAOOOO BAGI GRED UNC.

INI ADALAH KOLEKSI BEKOK.... ZAOOO... BERGRED PMG 67 EPQ... SESUATU YANG MENDATANGKAN KEPUASAN TIDAK TERHINGGA.

JIKA DPT ZAOOOO, ATAU ZAOOOOO... FUHHH LAGI BAHAGIAN HIDUP. HARGA LINGKUNGAN ATAS RM1000..... MASIH TIDAK MAMPU LAGI....



Wednesday, March 09, 2016

RM100 EXTRA PAPER

RM100 EXTRA PAPER
VERY RARE-RARE-RARE-RARE

TYPE : RRRR

DENO : RM100
DATE : 9MARCH  2016
PREFIX : BG
VALUE : RM3500 X 2pcs
GABENOR : ZETI AKHTAR AZIZ





WANT TO SELL
OFFER ME / OR BUY RM7000.00
WHTSP : 012-33 445 33 (bekok)

Wednesday, February 24, 2016

RM10 12TH SERIES PRINTING ERROR







RM10 12TH SERIES PRINTING ERROR

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA...

BERIKUT MERUPAKAN RM10 SIRI KE-12 UNC YANG MENGALAMI KEJADIAN SALAH CETAK DAN TERLEPAS KE EDARAN. ITEM YANG DIPEROLEHI KOLEKSIBEKOK INI DIPEROLEH DARI SEORANG RAKAN BNM. BELIAU SUDI MENJUALNYA DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN..




 BOLEH KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ YANG LEBIH BESAR. UNTUK PREFIX INI, IA DIGANTIKAN DENGAN REPLACEMENT 'ZD'. 



ZETI AKHTAR AZIZ TAMAT KONTRAK PADA APRIL 2016




SETELAH berkhidmat selama 16 tahun sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dijangka akan meninggalkan tugas beliau itu pada April ini secara rasminya.
Menurut sumber terdekat, kontrak Zeti sebagai Gabenor BNM akan mula tamat pada bulan berkenaan, sekali gus memerlukan beliau untuk mengosongkan jawatan eksklusif dalam bidang kewangan dan perbankan negara itu.

Ia sekali gus menafikan beberapa laporan media yang mengatakan bahawa Zeti dipecat atau memecat jawatan kerana tidak bersetuju dengan sesuatu isu.

Selain Zeti, beberapa rakan sejawat beliau juga akan turut tamat perkhidmatan pada tahun 2016 ini.
Antara yang disebut adalah Gabenor Reserve Bank of Australia, Glenn Stevens yang telah berkhidmat selama sedekat memegang jawatan tersebut.


Turut disenaraikan akan mungkin tamat perkhidmatan adalah Raghuran Rajan, Gabenor Reserve Bank of India yang dipegangnya sejak 2013.

ZETI AKHTAR AZIZ TERAJUI BNM SEHINGGA APRIL 2016 SAHAJA.




Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Zeti Akhtar Aziz, mematahkan spekulasi yang beliau telah meletakkan jawatan, apabila beliau mengumumkan pada Khamis akan terus kekal menerajui bank pusat itu sehingga April 2016.

“Saya kekal sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia sehingga tempoh perkhidmatan saya tamat. Kontrak saya adalah selama lima tahun dan tempoh itu akan berakhir tahun depan.

Kemunculan Zeti pada Khamis, merupakan yang pertama setelah beberapa minggu ‘menyepi” apabila beliau dan beberapa agensi penguatkuasa menjadi perhatian berhubung siasatan melibatkan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Najib Razak.

Khabar angin bertiup kencang di Malaysia menyatakan Zeti sedia untuk melepaskan jawatannya sebagai Gabenor bank itu. Malah BNM terpaksa mengeluarkan penafian apabila tersebar pula desas-desus mengatakan Zeti sedang menjalani rawatan sakit jantung di sebuah hospital.

“Saya tidak ada masalah kesihatan. Saya diberitahu doktor yang jantung saya masih kuat dengan arteri sangat bersih dan tidak menemui apa-apa masalah… Saya telah lakukan pemeriksaan kesihatan dan semuanya baik,” kata wanita berusia 68 tahun pada sidang media di Kuala Lumpur.

Zeti telah dilantik sebagai Gabenor BNM yang ke-tujuh dan merupakan wanita pertama dilantik ke jawatan itu pada 1 Mei 2000. Beliau turut dijulang sebagai Ketua Bank Pusat Terbaik di Dunia oleh majalah Global Finance pada 2010.

“Saya telah berada selama 16 tahun dengan BNM. Ia tempoh yang cukup lama. Saya telah lakukan apa yang saya inginkan untuk sektor kewangan. Bank Negara adalah sebuah institusi yang mantap dan saya mahu lihat ia meningkat ke tahap lebih tinggi,”

Belum buka mulut

Sejak siasatan itu, BNM belum pernah membuka mulut berhubung dakwaan skandal melibatkan Najib, dan juga ketika SPRM mendakwa deposit berbilion ringgit itu adalah daripada penderma di Timur Tengah.

Malah apabila beberapa pegawai kanan bank pusat itu ditahan polis untuk mendapatkan keterangan berhubung pembocoran dokumen yang membabitkan 1MDB dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan sama ada dari Zeti atau BNM

Pada awal Julai lepas, dua media antarabangsa, The Wall Street Journal dan Sarawak Report, di dalam laporan mereka mendakwa penyiasatan yang dijalankan mendapati beratus-ratus juta ringgit telah dipindahkan ke akaun Najib melalui beberapa agensi kerajaan, bank dan syarikat yang dikaitkan dengan dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib menafikan mengambil sebarang wang untuk kepentingan peribadi dan berkata, dakwaan rasuah adalah sebahagian daripada kempen berniat jahat untuk memaksa beliau melepaskan jawatannya.

Perdana Menteri itu, secara mengejut turut menggugurkan timbalannya Muhyiddin Yassin dan merombak kabinet, serta menamatkan perkhidmatan Peguam Negara Abdul Gani Patail, yang sedang mengetuai siasatan terhadap syarikat 1MDB.

Beliau sebaliknya melantik Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalannya dan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Mohamed Apandi Ali untuk mengantikan Abdul Gani.

Pasukan Khas yang disertai BNM, SPR, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara untuk menyiasat dakwaan itu turut dibubarkan.

Sah tujuh pegawai BNM

Pada persidangan media itu, Zeti turut mendedahkan yang tujuh pegawai BNM telah disoalsiasat oleh polis, tetapi enggan mengulas lanjut sambil mengakui semasa siasatan beliau tidak berada di dalam negara.

‘Ketujuh-tujuh pegawai itu telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada siasatan polis tetapi saya tidak akan mendedahkan siapa mereka - bila mereka disoalsiasat dan dari bahagian mana di BNM mereka bekerja. BNM akan terus memberi kerjasama kepada semua agensi penguatkuasa,” tambah beliau.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar berkata, BNM telah memberi kuasa penuh kepada polis untuk menyiasat mana-mana pegawai bank pusat itu berhubung pembocoran maklumat perbankan 1MDB mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan.

‘’Kebenaran itu diberikan sendiri oleh Zeti baru-baru ini, untuk menyiasat kes terbabit mengikut akta berkenaan kerana polis sebelum ini hanya menyiasat (pembocoran maklumat perbankan) mengikut Akta Jenayah Komputer 1997. Namun dengan kebenaran yang diberikan oleh Gabenor BNM, polis kini mempunyai akses untuk menyiasat mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan,” jelasnya lagi.

Beliau berkata, beberapa pegawai bank komersial lain juga telah dipanggil untuk memberi keterangan.

Gabenor Bank Negara itu turut menjadi sasaran blog-blog yang tampil mengaitkan dakwaan rasuah terhadap beliau dan keluarganya serta berkomplot di dalam konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib.

Beliau berkata, BNM juga sedang mengenalpasti individu yang menyebarkan dakwaan bahawa beliau dan bank itu terlibat
di dalam usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

‘’BNM akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dalang-dalang yang membuat dakwaan itu,’’ katanya.

Bukan bidang kuasa

Mengulas mengenai siasatan berhubung wang beratus-ratus juta yang dimasukan ke dalam akaun Perdana Menteri, Zeti berkata, isu tersebut bukan tanggungjawab siasatan BNM.

Siasatan keatas derma itu bukan dibawah bidang kuasa siasatan BNM, kami hanya melihat dari aspek pelanggaran undang-undang - dengan membantu agensi penyiasatan lain di dalam siasatan, katanya

Beliau turut menegaskan bahawa BNM tidak boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu, sebaliknya hanya boleh melaporkan sekiranya terdapat pemindahan wang yang mencurigakan.

Tambah Zeti, BNM juga dilarang untuk menyiasat mana-mana akaun dan ia terpulang kepada bank komersial untuk melaporkan kepada BNM jika mengesyaki adanya pemindahan wang yang mencurigakan,”.

Dalam pada itu beliau berkata, BNM telah mencadangkan beberapa tindakan di dalam kertas siasatan yang dibuat mengenai 1MDB yang diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada minggu ini.

Katanya, BNM juga telah melengkapkan siasatannya yang mengambil masa hampir dua bulan itu.

‘’Kertas siasatan telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada minggu ini dengan cadangan-cadangan penguatkuasaan undang-undang. Ia bagaimanapun, tidak boleh didedahkan kepada umum tetapi Bank Negara akan memberi keterangan sekiranya dipanggil oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen,” katanya.

Beliau berkata, memandangkan siasatan masih berjalan berhubung perkara itu, BNM terus berkongsi maklumat dengan semua agensi penyiasatan yang berkenaan.


Bagaimanapun, beliau menegaskan, BNM tidak boleh mengambil sebarang tindakan kerana BNM bukan agensi penguatkuasa.

ZETI NAFI LETAK JAWATAN, KEKAL GABENOR SEHINGGA APRIL 2016





KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menafikan spekulasi bahawa beliau akan meletak jawatan.

Zeti pada sidang akhbar di Bank Negara tengah hari tadi berkata beliau kekal memegang jawatan di bank pusat sehingga kontraknya tamat tahun depan.

“Saya kekal sebagai Gabenor sehingga tempoh perkhidmatan saya tamat. Kontrak saya adalah selama lima tahun dan tempoh itu akan berakhir tahun depan,” kata Zeti.

Beliau dalam pada itu menafikan khabar angin bahawa beliau mengalami masalah kesihatan.

“Saya tak ada masalah kesihatan, saya diberitahu doktor yang jantung saya masih kuat. Saya telah lakukan pemeriksaan kesihatan dan semuanya okey.”

Terdahulu, khabar angin menyebut bahawa Zeti telah mengalami serangan jantung namun dinafikan pihak Jabatan Perhubungan Korporat BNM yang mengesahkan beliau hadir ke pejabat seperti biasa dan berada dalam keadaan sihat.

Pada majlis itu, Zeti turut ditanya sama ada akan mengekalkan jawatan selepas tamat kontrak, namun beliau hanya berkata ingin menulis sebuah buku tentang persaraannya.

“16 tahun ialah tempoh yang cukup lama. Saya telah lakukan apa yang saya inginkan untuk sektor kewangan. Banyak lagi yang perlu dilakukan, antaranya migrasi ke pembayaran elektronik.

“Bank Negara ialah sebuah institusi yang mantap dan saya mahu lihat ia meningkat ke tahap lebih tinggi.”

Di majlis yang sama, Zeti turut mengumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia tumbuh 4.9 peratus pada suku kedua 2015.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Menjana Kawangan