Friday, December 30, 2011

GC Mechanical Doubling Damage

Dapatkah anda melihat apa yg ada di sisi hujung bangunan parlimen ini? 1 tanda mintmark iaitu GC... dan kelihatan Mechanical Doubling Damage telah berlaku!


Didapati pada syiling 1984 - 50sen

Ada 2 keping, 1 telah selamat di SWAP kepada Mr.Fadzly....

Thursday, December 29, 2011

COIN HOLDER

Sebagai pengumpul syiling bagi memenuhi kehendak hobi dalam numismatik ini, COIN HOLDER merupakan item yang teramat penting sekali dalam melindungi syiling yang disimpan. Terdapat pelbagai jenis COIN HOLDER di pasaran. Kebiasaan warna yang ada dijual ialah kuning dan putih sahaja....

Berikut merupakan contoh COIN HOLDER jenis murah dan ekonomi yang dibeli dengan harga rm9 sekotak..... boleh tahan juga...









Tuesday, December 27, 2011

BEKOK MASUK PAPER


HAHAHA....
pas membeli belah di BNM Penang, Khamis aritu....
Jumaat keesokkan harinya aku terperasan something , lalu membeli 1 akhbar nih...

tgk muka depan... STAR / FRIDAY - 23 Disember 2011

sisi kanan....atas...

alamak... gambar AKU ler... heheee.. i'm BEKOK...

dan

.
.
.
bila selak muka 3...

alahai.........

muka budak neh pulak...........

xpelah, janji ada gak kenangan... hehehehe

Monday, December 26, 2011

COINCARD SONGKET

SYILING PERINGATAN INI YANG BERTEMAKAN SONGKET SENI WARISAN AGUNG.. TELAH DIKELUARKAN SEBANYAK 20 RIBU KEPING SAHAJA... DAN MEMPUNYAI NILAI MUKA 1 RINGGIT.







Monday, December 12, 2011

TUMBLED COIN

pic kamera pinjam, crdt to Anjung Numismatik... hasil 2 bulan lebih nk ke 3 bulan.. aku dh berjaya buktikan teori TUMBLED COIN... 10sen tahun 2001,2001,2005...

TEORI MESIN BASUH
ADALAH
AMAT TERBUKTI !!!


kesan-kesan mungkin terjadi - geseran berlaku di sekeliling syiling dan rim. Ia berlaku apabila? - syiling terlekat diantara ruang roda putaran mesin basuh yang berada di tengah-tengah dan badan sebelah dalam mesin basuh..

hasil syiling selepas berpuluh kali atau mgkin lebih dari 60 kali... selama 2 bulan lebih..

CLOSE-UP


















sekian......... terima kasih
dan silalah tinggalkan komen = )

Sunday, December 11, 2011

BNM LANCAR PUSAT RUJUKAN BERGERAK


arkib Utusan : 10 Disember 2011

KUALA LUMPUR 9 Dis. - Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini melancarkan perkhidmatan LINK bergerak atau MobileLINK bagi meluaskan akses kepada orang ramai untuk berurusan dengan bank pusat.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata, perkhidmatan itu membolehkan bank pusat itu mendengar masalah orang ramai berhubung isu-isu berkaitan kewangan dan sistem kewangan negara.

"Ia merupakan salah satu usaha untuk memudahkan orang ramai terutama yang berada di luar bandar menyelesaikan isu-isu berhubung perkhidmatan perbankan yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan," katanya semasa berucap melancarkan MobileLINK di sini hari ini.

MobileLINK akan meluaskan perkhidmatan BNMLINK dengan menggunakan koc yang ditempah khas dan dilengkapi dengan kemudahan asas serta teknologi sokongan.

Selain meningkatkan akses perkhidmatan perbankan asas kepada orang ramai melalui kerjasama dengan institusi-institusi kewangan, MobileLINK juga memberikan khidmat nasihat perbankan, insurans dan takaful serta hal-hal pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), maklumat mengenai kredit peribadi melalui Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) serta khidmat nasihat berkaitan dengan kewangan di bawah kawal selia BNM.

Koc MobileLINK akan memulakan perkhidmatannya pada 17 Disember ini dari Mersing, Johor dan akan singgah di 12 lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia.

Antara kawasan-kawasan yang akan disinggahinya adalah Pekan dan Jerantut, Pahang, Dungun, Terengganu, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan Baling, Kedah.

Untuk maklumat lanjut mengenai jadual MobileLINK, orang ramai boleh melayari laman web Bank Negara di www.bnm.gov.my atau rangkaian sosialnya di www.facebook.com/bnm.official.

Monday, December 05, 2011

COINCARD WWF 50 TAHUN

Duit Syiling Peringatan
(Coin Card)


Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-50
Tabung Alam Sedunia (2011)










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Menjana Kawangan