Friday, December 17, 2010

SARAWAK RUBBER COUPON

berikut merupakan

Sarawak Rubber Coupon 10 Katis

&

Sarawak Rubber Coupon 25 Katis ...

satu warna pink, 1 warna biru...


condition? fine kot..
sebab ada lubang lipas gigit...
tapi kertas keras lawa lagi....

bahagian hadapan

bahagian belakang...

-item baru je sampai dan dihantar oleh pak posmen.. lama tol menunggu kat 2 minggu rasanya sebab si seller pakai pos biasa dari sarawak... huh... ( alasan sebab nk jimat pembelian hehe)

Sarawak Rubber Coupon 10 Katis &
Sarawak Rubber Coupon 25 Katis

Wednesday, December 15, 2010

MACAM SAMA tapi TAK SERUPA

pair note rm2.00
condition vF ngan fine
dapat nih pun bukan main susah....perh..

pair rm1.00
senang cari sebab dok dlm 1 stack yg sama..

Tuesday, December 14, 2010

SETEM dulu-dulu

semua nih beli kat Komtar...penang...
harga? amat berbaloi...
murah-murah...hehhee









Monday, December 13, 2010

Setem Sarawak


setem bila tahun tah,....
aku beli harga 40 sen je...
lawa sebab rhupe cam duit lama...

Thursday, December 09, 2010

Apa itu FILATELI?

SETEM DAN FILATELI

Apakah itu Filateli?

Filateli boleh ditafsirkan sebagai mengumpul dan menyusun bahan-bahan pos seperti setem-setem bayaran pos, laluan-laluan pos, surat-surat, sampul-sampul dan sebagainya. Koleksi ini, sama ada setem, sampul dan sebagainya lazimnya, didokumenkan untuk tujuan mengesan acara-acara utama yang bersejarah dan acara-acara lain.

Tidak dapat dibuktikan bila filateli mula-mula dijadikan sebagai satu hobi kerana tidak ada sebarang dokumen untuk mengesahkannya. Namun, apa yang pasti ialah filateli hanya bermula setelah setem-setem bayaran pos diperkenalkan pada 1840.

Pengenalan Album setem yang diperkenalkan telah memudahkan koleksi setem. Album pertama dihasilkan di England pada 1852. Apabila lebih banyak setem-setem bayaran pos didapati, maka hobi mengumpul setem menjadi agak biasa. Bertambah ramai orang menaruh minat dalam hobi mengumpul setem dan filateli kemudiannya mula berkembang. Ramai pengumpul-pengumpul setem yang serius muncul dan salah satu koleksi setem terbesar dan tertua di dunia adalah dimiliki oleh Ratu England. DYTM Raja Muda Selangor juga ada memiliki koleksi setem yang baik.

Perkataan "filateli" dikatakan telah dicipta di Perancis oleh Georges Herpin pada 1864. Ia berasal daripada dua perkataan Yunani: "philos" bermakna mengasihi dan "llateleiall" bermaksud bebas daripada pembayaran. Pada asalnya filateli lebih terbatas kepada kajian label-label, melambangkan pembayaran untuk perkhidmatan pos. Daripada sini, ia diperluaskan untuk merangkumi kajian mengumpul setem bayaran pos secara sistematik, poskad, sampul surat pos, tanda pos dan bahan-bahan pos yang lain.

Wednesday, December 08, 2010

$20.00 Gabenor Aziz Taha (1982-1984)

inilah note $20.00 keluaran pertama Malaysia.. dikeluarkan pada tahun 1982 hingga 1984 sewaktu jawatan gabenor disandang oleh Aziz Taha.. tgk rhupe sign dia.. ha..

note nih ada 5 keping dengan prefix yang berlainan, aku baru ada 3 keping.. masih mencari 2 lagi... harapnya cukup 1 set...

prefix yg ada ialah :

(first prefix)
TA

TB,TC,TD

(last prefix)
TE

prefix TB 4900361
condition vF

bahagian belakang, sila klik gambar untuk besarkan..

prefix TD5586255
condition vF

bahagian belakang, sila klik gambar untuk besarkan..

prefix TE6271315
condition vF

bahagian belakang, sila klik gambar untuk besarkan..


Syukur sebab dapat dengan harga yang murah.. susah nk dapat harga yang murah di penghujung tahun 2010 nih, sebab kebanyakkan kedai akan menyimpan stock... tahun depan 2011, buku baru lah... harga pun baru.... sadisssssssss..

$1.00 Gabenor Abdul Aziz Taha (1982-1984)

aUNC...dapat pun dgn harga berpatutan
sebab ??? no berselerak..
xde running..
aku amik 3 keping je...
sikit2 cukup..
kang modal beli note lain lak xde







10 SEN 2003

10 sen 2003
mintage : 8,640,000 keping


dalam koleksi aku ada 9 keping yg buh dalam coin holder, dan 6 keping buh dalam bekas... hurm..baru ada 15 keping dari 8,640,000 keping....hehe...

(right klik kalo nak besarkan)


AGAK2 HARGA AKAN MELAMBUNG X?
MAYBE 20-30 TAHUN AKAN DATANG?

Tuesday, December 07, 2010

$1.00 Jaffar Hussein (1986-1995)

BA Replacement condition vF..
tokey letak hage rm10, aku kecek2 leh pulak kurang jadi rm8...
hehe... (without sliver thread)


no pun lawa.. prefix BA 148 148 7

condition vF..hurmm..esok2 lah cari yg UNC pulak..

$5.00 Gabenor Jaffar bin Hussein 1986-1995

$5.00 siri 6 (1986-1995) Gabenor Jaffar..
semua ada cross salib..
condition vF & eF jer..


Aku masih mencari prefix NE,NH,NJ, dan NQ,NR..
hope dapat harga murah bawah rm15..

FIRST & LAST PREFIX.. :

NE - NK
NK - NR
NR - NY
PA - PW

REPLACEMENT NOTE :

NZ

syukur, dpt pun dgn harga munasabah, dari sekeping tukar nilai muka.. sehinggalah sekeping RM6 ke RM18..

condition dari vF ke eF... kira cun lah tuh..

selepas cukup semua, baru fikir nak cari NZ.. itu pun kalo dapat dengan harga yang berpatutan... huhu...

Friday, December 03, 2010

EXTRA DOT


EXTRA DOT merujuk kepada syiling yang mempunyai dot.. atau punat? nip? isk.. cam biji halus lah... kat permukaan syiling berkenaan... ia dianggap RARE! woo...

Setelah berkecimpung serius selama 7 bulan nih, alhamdulillah aku berjaya menyimpan 4 keping 50SEN yang ada extra dot..

50sen 1988
(3 keping)

rhupe 50 SEN 1988

jeng-jeng-jeng.... jgn jeles yeee!!!

----------- dan ------------

50sen 1979
(1 keping)

rhupe 50 SEN 1979

tuuu dia Extra Dot nyerr...hehe..


diakui susah sungguh untuk mencari extra dot nih, dapat pun sebab rajin belek2 syiling.. hehe.. tuah syiling dari kantin sekolah.... woo.. orang pratikum, aku lak sibuk ke kantin.. tukar duit hari2... pastu ke bank bank in duit...

bila casher bank tanya, aku kata... saya nih berniaga..haha... cian lak tgk casher tuh kira2 coins yang aku bawak... x pe.. mesin ada.. akak buh je semua dalam mesin tuhhhhhh...

kalo nak baca lagi kisah EXTRA DOT lagi.. leh layari..

http://duacongkak.wordpress.com/2010/07/06/extra-dot/

or

http://my-koleksi.blogspot.com/2008/06/syiling-50-sen-extra-dot.html

http://my-koleksi.blogspot.com/2008/07/syiling-50-sen-1979-extra-dot.html

http://my-koleksi.blogspot.com/2008/12/syiling-5-sen-tahun-1985-extra-dot.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Menjana Kawangan