Wednesday, May 05, 2010

Siapakah Thomas de la Rue ?



Thomas de la Rue ? Anda kenal? Mungkin namanya sebati dalam dunia numismatik kerana jasanya dalam pencetakan wang kertas dan dokumen yang memerlukan security tambahan seperti lesen dan juga kad pengenalan.

Beliau, Thomas de la Rue ini dilahirkan di Guernsey pada 24 Mac 1793 dan telah meninggal dunia pada 7 Jun 1866. Mencipta nama dengan menubuhkan sebuah syarikat penting di rantaunya yang diberi nama De La Rue Place (plc) - (nama syarikat skrg) sebuah syarikat ulung dan telah menjadi gergasi pada masa kini. Khidmat syarikat kormersial pencetakan keselamatan terbesar di dunia dan merupakan pengeluar utama wang kertas di seluruh dunia pada masa ini.

Sejarah Memula...dulu-dulu...Kronologiii...

Mengorak langkah pertama dengan melancarkan surat khabar bersama membernya Tom Greenslade- Le Publiciste (nama surat khabaq) , Thomas de la Rue telah berjaya membuat penerbitan sendiri akhbar iaitu Le Miroire Politique (cam Harakah gitulah). Berjaya di dalam arena politik dan berjaya mendapat kepercyaan pelbagai pihak, Thomas de la Rue.... telah menubuhkan syarikat kormesial yang diberi nama De La Rue (plc) dan menjadi warisan kepada pewaris dan pemegang syarikat dalam pencetakan yang terulung.

Sejarah Syarikat De La Rue
(panjang aku nk taip, meh shortform je lah)

-diasaskan oleh Thomas de la Rue selepas berpindah ke London..pada 1821..

-bermula dengan cetakan setem je.. pada tahun 1855, syarikat berkembang dengan diberi kepercyaan untuk mencetak...mencetak..wang kertas pada tahun 1860..

-dari sebuah syarikat keluarga bertukar menjadi syarikat swasta..(dh maju)

-nama syarikat masuk ke London Stock Exchange pada tahun 1947..cm bursa saham lah..

-nama diubah dari Thomas De La Rue & Company,Limited
kepada The de La Rue Company Limited..(1958)

-nama syarikat berubah lagi kepada De La Rue plc
(1991 hingga lah skrg)

- mendapat kepercyaan diberi kontrak mencetak
wang kertas Bank of England..

-merupakan syarikat mencetak wang dengan siri keselamatan yang tinggi dan berkualiti..untuk 150 mata wang nasional dunia..(150 ++ negara) + (termasuk Malaysia)

-selain pencetakan wang kertas, syarikat juga diberi kepercyaan mencetak pasport, setem hasil, setem, cek , segala jenis lesen, dan juga setem untuk pejabat pos...

-sekarang, syarikat telah berpusat di Basingstoke, Hampshire dan telah menempah nama di Bursa Saham London...dan ia juga merupakan kawasan yang pilihanraya yang luas, beso.. cm Bandar Proton kat Tanjung Malim tu...@ Kawasaki, Jepun..

~*~*~*~*~*~*~*~**~**~*~*~*~*~*~*~

Dalam mengendalikan cetakan bertaraf dunia, syarikat telah menghasilkan perlbagai mesin untuk kegunaan bank termasuklah mesin kira wang kertas, mesin ATM, dan dll..bla,bla..

Syarikat juga mencetak hologram, jalur magnetik, dan juga cip.. untuk kegunaan kad kredit, wang kertas dan dokumen kerajaan.. Syarikat terlibat secara langsung dengan Bank Negara dari seluruh negara di dunia dalam hal ehwal pencetakan..dan secara langsung dengan Bank Dunia...

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Kesimpulannya...citer nih panjang...sejarah berjela-jela.. erti kata mudah, Thomas De La Rue (1793-1866) nih adalah pengasas kepada syarikat / company sedia ada neh..yang cetak cetak wang neh... Sumbangan besar beliau adalah kepada penubuhan syarikat pencetakan,..yang meneraju adalah manager company,...sepanjang zaman hinggalah ke hari ini...


Sumber rujukan :
http://en.wikipedia.org/wiki/De_La_Rue
http://en.wikipedia.org/wiki/Thomas_de_la_Rue

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Menjana Kawangan