Monday, May 24, 2010

Misteri Yang Dah Terungkai

(sory kpd semua yang membaca post neh,aku pun heran awat jadi warna warni, pastu tulisan pun kecik besaq..huhu)



MISTERI!!!!!!!!!!
NIH BUKAN MAIN-MAIN PUNYA MISTERI..
MISTERI DAH BERJAWAB....

sorry kepada semua.. terima kasih sebab sudi masuk blog aku yang bersepah nih.. aku sekarang dalam minggu exam.. esok exam lorr... xpe.. aku xkisah.. soklan bocor banyak n mudah dapat kalo dok dalam maktab neh... erm... sebab aku busy, aku buh 1 entry sal MISTERI.. benda nih dah aku post dalam 1 web group.. fishsing dot net.. tahun lepas lagi dh post...

Nak senang citer, aku copy and paste...

Leh kourang baca kan? tengok2.. panjang gak post neh.. meh ushar,... kalo x percaya nih post aku, meh klik link neh...
[klik sini]



SALAM SEJAHTERA PERPADUAN SEMUA... Sebelum mukadimah tajuk, aku nk gtau semua ni aku research dari internet dan atas pengalaman aku yang minat @ gilar dalam memancing.. aku tegar sangat2... Segala artikel yang diperolehi ini adalah rujukan dari internet dan kisah mulut ke mulut sejak turun temurun yang di dengari sejak bertahun-tahun yang lalu dan bersumberkan lisan. Aku jadikan ia sebagai panduan hidup dan tak gabra kalo dengar atau menghadapinya... heeleh.... Mari kita merungkai kisah MISTERI yang kadang kala tidak pernah kita terfikir akan kewujudannya tapi hakikatnya benar. ( Cewah,..cam misteri nusantara pulak). Diharap kourang dapat memberi pendapat,pandangan dan respon..bolehlah kita berkongsi bersama pengalaman yang telah dilalui… Kes-kes dan kes…

1)Misteri Naga Tasik Chini,Pahang

Hakikatnya semua pemancing mengetahui kisah dongeng ini dan pengakhiran ceritanya maka wujudlah Pulau Tioman. Merujuk kepada legenda orang asli, tasik tersebut didiami oleh satu naga yang dikenali sebagai Naga Seri Gumum (kadangkala dirujuk sebagai "Raksaksa Loch Ness Malaysia").

Selain itu juga tokok tambah generasi terdahulu juga memaksa dongeng hampir menjadi realiti. Malah kisah ini juga pernah difilemkan - Filem Naga Tasik Cini merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1966. Filem Naga Tasik Cini diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna. Filem Naga Tasik Cini diarah oleh pengarah Nordin Ahmad pada 1966.

Namun beberapa tahun yang lalu digemparkan sekumpulan pemancing dan kaum peribumi di sana mengakui melihat kelibat ‘naga’. (naga? Eh ada ker naga di zaman neh?) dan kesimpulan yang dapat dibuat ialah mereka sebenarnya melihat ARAPAIMA GIGAS. Ini diperkukuhkan dakwaan saksi yang melihat kelibat ‘ekor dan sirip yang berwarna merah delima’.

Dan apa yang pasti, sebenarnya sejak era penjajahan British ikan Arapaima ini telah mula dibiakkan di negara ini dan negara jiran!




Tidak hairan lah populasinya semakin berkembang dan menghuni tasik dan akurium di negara ini. Tidak mustahil suatu hari nanti anda akan menjerat ikan ini juga. Antara tasik dan sungai yang menjadi gossip-gosip ikan ini ialah : Tasik Chini, Tasik Kenyir, Tasik Bukit Merah, Empangan Mengkuang-B.Mertajam, Sungai Pahang dan Sungai Sala,Yan…

Contoh cam bro-bro ini... [klik untuk video]

dan yang telah kita kecoh-kecoh sekarang pasal ikan arapaima kat TASIK KENYIR.. Kourang percaya x? aku percaya sebab aku tau.. Malaysia dah tak macam dulu lagi...

kalo dah dapat pancing ikan neh, ingat senang ke weh? tangguk (sauk) mau ada 2 batang... mmg ganas giler lah... cam naga.. hehe.. nk tengok? pi ke Aquria KLCC atau kat Langkawi tuh.. nama apa tah..dah lupa...(serabut nk exam)..


2)Tapah (wallago attu) Penyambar Kera, Monyet, Itik dan juga Manusia?

Spesies yang terkenal dengan kerakusan membaham umpan dan haiwan yang melintas di atas air. Kesaksian ini semakin diperkukuhkan apabila ada pemancing sanggup menjadikan anak itik sebagai umpan.



( memang tradisi jika nak tangkap ikan Tapah kena pakai umpan anak itikkkkk!!! )



Selain itu juga, dongeng ikan tapah membaham kera atau monyet turut menggemparkan – termasuklah kes askar hilang di Tasik Banding beberapa tahun yang lepas?. Adakah semua ini benar? Mungkin ada segelintir pemancing / generasi terdahulu mampu menjawabnya.


3)Toman sebesar tong drum? ( reality atau fantasi?)

Jika dikaji spesies yang bernama glomor snakehead neh..

Kourang boleh merujuk kepada link (mmber aku punya post dalam group Fishing.net...

http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?whichpage=2.53333333333333&TOPIC_ID=16687#1103888

oleh zaizan04 Advanced Member (Temoleh Level) : kawan aku penah cite kat tasik banding.. aku tak tau taun brape tapi masa tu komunis masih belum serah diri lg.. salah satu saliran air kat empangan tu tersumbat. dia ngan bapak dia nampak ade mende melekat kat saliran tuh lalu panggil askar yg tengah ronda kat kawasan tu. selam punye selam.. dorang kate ada ikan tersumbat. nampak separuh je.. lalu dorang bunuh ikan tu dan tarik kuar dari saliran tu.. gupa2nyer ikan toman.. baaapakk besar.. . toman tu dapat dinaikkan dan dimuatkan dalam trak askar tapi tak muat.. cume kpala dan 3/4 badan dia je yang muat dalam trak askar tuh...

Persoalannya, berapakah berat rekod toman bagi IGFA? Dan rekod peribadi pemancing di Malaysia ini?

Aku pernah suatu ketika dahulu mendengar perbualan kaki pancing mengenai toman di tasik terkemuka di Malaysia ini suatu ketika dahulu. Menurut mereka toman sebesar TONG DRUM tidak wujud kecuali sebesar batang kelapa mungkin ada dan mencapai berat 30 hingga 50 kilogram. ???? – ( boleh percya ker?)

ini pun baru ngam-ngam 10kilogram... haiyo kalo beso tong DRUM? cmne lah ek.....???

hehe, ni lak aku, ni baya 2 kilogram aja.. area Tasik Bukit Merah.. umpan ikan keli..


4)Kenerak Malaysia vs Kenerak Sg Kali, India

Ini adalah spesies kenerak yang boleh di dapati di sungai-sungai berstruktur batu dan aras pergunungan di Malaysia.
Cuba lihat link ini… sama kan?

SIRI 1

http://www.youtube.com/view_play_list?p=99FF1E25F895D17B&playnext=1&playnext_from=PL&v=_wSUiKivWVk

SIRI 2

http://www.youtube.com/view_play_list?p=99FF1E25F895D17B&playnext=1&playnext_from=PL&v=_wSUiKivWVk

SIRI 3

http://www.youtube.com/view_play_list?p=99FF1E25F895D17B&playnext=1&playnext_from=PL&v=_wSUiKivWVk

SIRI 4

http://www.youtube.com/watch?v=9WBtT6RqkE4

SIRI 5

http://www.youtube.com/watch?v=4clSn8OTzgM

Spesies ini menjadi pembunuh utama di Sg Kali, India kerana rekodnya membunuh 3 lelaki dewasa dan beberapa ekor kerbau!

Persoalannya, adakah ikan ini sama atau sedara sepapat? Berapakah berat dan rekod saiz bagi spesies ini di Malaysia?

2kilogram....
(rekod IGFA.. ikan air tawar spesies catfish yang paling besar ditangkap!)
kenerak Sg Kali,India...(bukan Batang Kali tau,kegi ramai lak yang nk gi memancing,..hehe)

dan ini hasil aku selama bertahun2.. kecik aja... dapat kat tepi Sungai Pahang, area Temerloh... macam alien aku tgk... sayang, buh dalam baldi nak gak dia mati..huhu..

6)Rekod buaya di Malaysia – hati2 ya…


Bujang Senang

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Bujang Senang ialah nama seekor buaya yang mendiami Sungai Batang Lupar di Sri Aman, Sarawak, Malaysia. Buaya ini yang dari spesies Crocodylus porosus[1] berukuran 20 kaki panjang dan mempunyai jalur putih di belakang badannya. Bujang Senang dikatakan berumur 50 tahun. Buaya ini dikatakan bermaharajalela di sungai ini sejak tahun 1941.[2] Tidak diketahui berapa ramai orang yang telah menjadi mangsa kepada buaya ini, tetapi pada 20 Mei 1992, seorang wanita berbangsa Iban bernama Dayang anak Bayang telah menjadi mangsa Bujang Senang di Sungai Pelaban, anak Sungai Batang Lupar. Sekumpulan penembak tepat polis dan pemburu Iban telah berjaya menembak mati Bujang Senang setelah berusaha selama 4 jam pada 22 Mei 1992. Tengkorak Bujang Senang kini dipamerkan di Muzium Sarawak di Kuching, Sarawak.


Jika dikaji, persekitaran Khatulistiwa dan Hutan Hujan Tropika amat sesuai untuk persekitaran habitat reptilia ini. Jadi berwaspadalah kepada semua pemancing terutama yang memburu di dalam radian ‘predator’ ini. Serta berwaspadalah semua terutama berada di sungai yang mempunyai rekod-rekod ini. Adalah mungkin masih banyak lagi reptilia yang bersaiz monster di luar sana dan seusia saiz buaya Pucong, Batu Niah, di Taman Buaya Melaka dan sebagainya…


"berpantang larang sebelum ajal" - cuba bayangkan kalo kepala beso nih tersembul sebelah bot yang kita naik???? haha...wisau beb..minta dijauhkan. AMIN...

7) Ikan Berkepala Buaya di BATU PAHAT?




Kelakar dan mungkin mengaibkan bagi TV3, yelah spesies yang biasa di jumpai di kedai-kedai Akurium ini mendapat perhatian di tv. Jika ingin tahu, ini ialah spesies Alligator Gar, (Atractosteus spatula). Turut dikenali juga sebagai ikan Buaya atau Alligator. ( boleh dapatkan di kedai akurium yang berdekatan dengan harga rm25 je bagi 15cm).





inilah Alligator Gar, (Atractosteus spatula)

Spesies yang boleh menjangkau berat melebihi 200paun ini sebenarnya berasal dari Amerika Selatan (Texas, Oklahoma, Louisiana, Mississippi, North Carolina, South Carolina, Alabama, Tennessee, Kentucky, Arkansas, Missouri, Florida, Georgia, Maryland), telah mula mendominasi beberapa perairan akibat sikap tidak bertanggungjawab sesetengah individu.

Rekod bagi penangkapan ikan ini di Malaysia ialah spesimen 3 kilogram di Tasik Bera pada tanggal Januari 2008. ( tasik Bera ??? – di kawasan terpencil tu?) oleh seorang nelayan. Selain itu juga, spesimen yang serupa sepanjang 1.5meter turut di jumpai di Jakarta.

(In February 2007, a 1.5-meter Alligator Gar was found roaming far in the city of Jakarta, Indonesia, when the city was hit by a major flood (see External Links below). In January 2008, a 3-kg Gator Gar was found by fishermen in Bera, Pahang (East Coast State of Malaysia), when it was caught entangled in a fishing net).

Persoalannya? – adakah ikan ini telah wujud di sungai atau tasik negara kita dan membiak? Atau telah pun berevolusi dengan mengacukkan diri dengan ikan tempatan? Masih menjadi misteri…

Link berita TV3

http://www.youtube.com/watch?v=GxVRH8_E3xM

Rujukan dari Wikipedia

http://en.wikipedia.org/wiki/Alligator_gar

Agak2 cmne fight and cara tangkap ikan ni? - kena guna tali beb jerut kepala ikan..

http://www.youtube.com/watch?v=GuVEI19p8RM

...rekod ikan ni suatu ketika dahulu..100 tahun yang lalu..!!!!!


This ten-foot alligator gar was caught and photographed at Mhoon Lake in Mississippi in 1910.




8) Misteri NAGA LAUT?

Jika anda menaip perkataan Oarfish (Regalecus glesne Ascanius), maka akan keluarlah gambar ikan yang mirip ikan timah cumanya ia bersaiz gergasi dan merupakan ikan prasejarah seperti ikan kelisa dan arapaima.


Mungkin ramai yang sudah/pernah melihat ikan ini, tetapi kat oversea,kan,kan..

kat US ada...
kat India pun ada..........

kat Australia pun adaaaaaaa....

DANNNN...

sebenarnya ikan Oarfish (Regalecus glesne Ascanius) telah ‘pung’ berjaya ditangkap di Muara Sungai Terengganu, Terengganu dengan menggunakan pukat tunda udang. Spesimen ini berukuran 3.5 meter dan seberat 13.1kilogram. Malangnya kajian menyeluruh dan rekod tidak dapat diambil secara terperinci kerana bahagian kepala dan sirip dorsal dan sirip pektoralnya telah rosak.

Jika rakan-rakan diluar sana mahu melihat ikan ini dengan lebih dekat (tapi dh awet ..) bolehlah berkunjung ke Muzium Negeri Terengganu, yang terletak di Losong.

Umumnya Oarfish (Regalecus glesne Ascanius) ini adalah berkategori epi atau mesopelagik kerana berkeliaran di permukaan air sehingga kedalaman 1000 meter .

Rekod penemuan tahun 2000 di Terengganu.



Pautan link

http://219.93.200.217:70/mfrdmd/main.php?g2_itemId=7243



HOPE

...............

kourang puas hati, rajin2 komen... hipokrit punya komen pun xpe..kui2.. thnks view my post, terima kasih jejak blog nih.... ada terluang, aku ikot sama blogwalking...

jangan lupa klik,klik ok.....! =)

9 comments:

  1. salam,
    Tasik Bera tu tmpt Sab.
    x berani nk mancing atas bot di tasik tu...
    cuma kt tepi2 je.
    skrg dh lama x mancing...
    peralatan mancing dulu pnjm dri abg jer.
    mmg menarik lah post yg nih...

    ReplyDelete
  2. Adoi Waqe...ikan gergasi ni..takot...:)

    ReplyDelete
  3. weih menakutkan juga ikan ikan itu,.,mano ekau dapek ni jang

    ReplyDelete
  4. reply:

    MGM Doktor Sabri

    - hehe , waqi dah pegi dah tasik bera, tapi x memancing pun... dah 1 malaysia dah jelajah,.. tinggal sabah n sarawak je belom lagi... dunia memancing.. hbs duit beribu-ribu dah

    Bluedianthus

    -takut ke pic ikan mega nih? alahai... ikan yang beso-beso nih lah para pemancing dok mencari...lallalala

    ReplyDelete
  5. reply miss hav0c :

    eden dapek kek sg pahang,... yang lebih2 tuh dapek kat pakcik eden..pakcik google,..

    ReplyDelete
  6. aligator gar tu rasanya spesies ikan di zaman dinosaur kot.. Mmg dh lama ditemui tapi masih menjadi misteri??

    ReplyDelete
  7. saya pernah memancing di tasik mines sri kembangan suatu ketika dahulu,rasanya pada awal tahun 2000..ketika curi2 masuk memancing brsama rakan,ketika tgh kusyuk memncing..sy ter nmpk kelibat ikan toman gergasi sebesar kereta@bas..#taktipu

    ReplyDelete
  8. Kepada peminat-peminat ikan Toman dan Snakehead fish (Channidae) familynya.
    https://m.facebook.com/groups/snakeheadparadisemalaysia

    ReplyDelete
  9. Kepada peminat-peminat ikan Toman dan Snakehead fish (Channidae) familynya.
    https://m.facebook.com/groups/snakeheadparadisemalaysia

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Menjana Kawangan