Thursday, April 29, 2010

Google Dedah Program Keselamatan Palsu

-awas-

SAN FRANCISCO 28 April - Google semalam berkata, program keselamatan palsu yang menjangkiti komputer kini merupakan ancaman dalam talian yang semakin berleluasa, dengan penggodam memperdaya pengguna untuk memasukkan kod perosak.

Satu analisis ke atas 240 juta laman web oleh gergasi Internet ini sejak 13 bulan lalu mendedahkan bahawa program antivirus palsu merupakan 15 peratus daripada perisian perosak yang dikesan.

"Ancaman antivirus palsu semakin meningkat. Jelas terdapat trend peningkatan dalam jumlah domain antivirus palsu yang ditemui setiap minggu," demikian menurut Google.

Penyebar program palsu ini menggodam laman web dengan menakut-nakutkan pengguna melalui mesej pop-up yang memberi amaran imbasan menemui perisian perosak dalam komputer.

Penipuan berlanjutan dengan penjualan program yang didakwa membantu menyelesaikan masalah tetapi sebenarnya 'menanam' kod perosak dalam komputer terlibat.

Transaksi sedemikian juga berisiko menyebabkan kebocoran maklumat kad kredit ke tangan penjenayah Internet.

Lebih mengejutkan, ramai mangsa terpedaya dan membayar untuk mendapatkan antivirus palsu. - AFP

Apa yang lebih teruk, ia biasanya dicampurkan dengan perisian perosak lain yang kekal di dalam komputer sama ada bayaran dibuat atau tidak," kata Google.

Google kini mengemaskini peralatan untuk menapis laman web berisiko dan penggodam biasanya akan bertindak menukar tempat dari satu nama domain ke domain lain. - AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Menjana Kawangan