BAGI mereka yang ingin mengetahui sejarah mata wang, kunjungilah pameran Ceritera Ringgit - The Chronicles of The Ringgit di Muzium Negeri Pulau Pinang.
Pameran yang bermuka sejak 6 Jun hingga 30 Jun ini menceritakan mengenai sejarah mata wang sejak zaman emas, tembaga hingga ke era mata wang moden. Ia merupakan program anjuran bersama Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri dan Persatuan Warisan Numismatik Kesultanan Melayu Malaysia.
Orang ramai boleh menyaksikan pameran ini yang bermula dari pukul 11 pagi hingga 5 petang. Bayaran masuk hanya RM1. Maklumat lanjut hubungi talian 04- 261 3144.
Jauh la plak nak pg penang tu...huhu
ReplyDeletehehhe..nak buat cmner.... layan pic kat internet je lah..
ReplyDeletesalam,ada buat kt tempat lain x ?
ReplyDelete