Wednesday, February 24, 2016

ZETI AKHTAR AZIZ TAMAT KONTRAK PADA APRIL 2016




SETELAH berkhidmat selama 16 tahun sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dijangka akan meninggalkan tugas beliau itu pada April ini secara rasminya.
Menurut sumber terdekat, kontrak Zeti sebagai Gabenor BNM akan mula tamat pada bulan berkenaan, sekali gus memerlukan beliau untuk mengosongkan jawatan eksklusif dalam bidang kewangan dan perbankan negara itu.

Ia sekali gus menafikan beberapa laporan media yang mengatakan bahawa Zeti dipecat atau memecat jawatan kerana tidak bersetuju dengan sesuatu isu.

Selain Zeti, beberapa rakan sejawat beliau juga akan turut tamat perkhidmatan pada tahun 2016 ini.
Antara yang disebut adalah Gabenor Reserve Bank of Australia, Glenn Stevens yang telah berkhidmat selama sedekat memegang jawatan tersebut.


Turut disenaraikan akan mungkin tamat perkhidmatan adalah Raghuran Rajan, Gabenor Reserve Bank of India yang dipegangnya sejak 2013.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Menjana Kawangan