Tuesday, February 18, 2014

50 SEN 1969 HIGH GRED BU


BERIKUT MERUPAKAN 50 SEN TAHUN 1969 HIGH GRED ATAU BER CONDITION BU. HEHEHE SEBENARNYA, BANYAK SALAH FAHAM TERJADI. ITEM BERKENAAN BUKANLAH MILIK KOLEKSI BEKOK. TETAPI MERUPAKAN GAMBAR DARI EBAY.US.

HARGA UNTUK PASARAN BAGI ITEM SEPERTI INI BOLEH MENJANGKAU KE RM2000 - RM3000.... MALAH HARGA DIJANGKA MELAMBUNG TINGGI DAN MUNGKIN MENGATASI HARGA 50 SEN MILLED EDGE CONDITION VF BAGI SYILING 50 SEN 1967 DAN 1968.



BAGI PEMILIK YANG MEMILIKI 50 SEN 1969 GRED SEPERTI INI PASTI PUAS DAN TIDAK AKAN MELEPASKAN ITEM KESAYANGAN SEPERTI INI YANG SEMAKIN HARI SEMAKIN SUKAR. ADA YANG BERPENDAPAT MUNGKIN ADA DI LUAR SANA YANG MENYIMPAN 2-3 PLASTIK SYILING 50 SEN 1969... BETULKAH? ....

BEGITU JUGAK TEORI BAG RARE ITEM RM1 ALI ABUL HASSAN ATAU RM1 CR. ADA YANG BERPENDAPAT BAHAWA TERDAPAT KOLEKTOR YANG MEMEGANG 1-8 STACK RM1 ALI ABUL HASSAN.. FUH... SETAKAT INI TIADA LAGI REKOD DAN GAMBAR YANG MEMBUKTIKAN SMUA ITU ADA.

APA PUN, HARGA 50 SEN 1969 CONDITION VF DILIHAT JATUH SEDIKIT IAITU RM18 KE RM20 BERBANDING RM35 SEPERTI TAHUN2 SEBELUMNYA. HANYA YANG BERMUTU TINGGI, BERKUALITI SUPERB SAHAJA BERJAYA MENINGKATKAN HARGA SABAN TAHUN..



KESEMPATAN POST INI, SAYA SELAKU PENULIS BLOG KOLEKSI BEKOK INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PENULIS LAMAN MALAYSIANCOIN ATAU  http://www.malaysiancoin.com/    KERANA TELAH TIDAK LANGSUNG MEMPROMOSIKAN BLOG KOLEKSI BEKOK INI DI DALAM POST 'COLLECTOR KALO DAH DAPAT KOLEKSI CANTIK'.. BOLEH KLIK ..

DIHARAP PARA PENULIS BERKAITAN DUNIA KEILMUAN NUMISMATIK DAPAT SALING BANTU MEMBANTU MENAIKKAN MARTABAT HOBI YANG DISUKAI RAMAI BUKAN SAHAJA DI TANAH AIR KITA, MALAH DI MATA DUNIA.


SALAM KOLEKSI BEKOK 18 FEB 2014.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Menjana Kawangan