Showing posts with label HOBI SETEM. Show all posts
Showing posts with label HOBI SETEM. Show all posts

Wednesday, August 15, 2012

RANKING KOLEKSIBEKOK BLOGSPOT



TERTANYA TANYA BEKOK.... KENAPA BLOGSPOT SITE KOLEKSI BEKOK INI MENJADI SALAH SATU POST KEPADA SEBUAH WEBSITE INI.....

BILA DI GOOGLE TRANSLATE BARULAH TAHU JAWAPANNYA =P









Tuesday, December 14, 2010

SETEM dulu-dulu

semua nih beli kat Komtar...penang...
harga? amat berbaloi...
murah-murah...hehhee









Monday, December 13, 2010

Setem Sarawak


setem bila tahun tah,....
aku beli harga 40 sen je...
lawa sebab rhupe cam duit lama...

Thursday, December 09, 2010

Apa itu FILATELI?

SETEM DAN FILATELI

Apakah itu Filateli?

Filateli boleh ditafsirkan sebagai mengumpul dan menyusun bahan-bahan pos seperti setem-setem bayaran pos, laluan-laluan pos, surat-surat, sampul-sampul dan sebagainya. Koleksi ini, sama ada setem, sampul dan sebagainya lazimnya, didokumenkan untuk tujuan mengesan acara-acara utama yang bersejarah dan acara-acara lain.

Tidak dapat dibuktikan bila filateli mula-mula dijadikan sebagai satu hobi kerana tidak ada sebarang dokumen untuk mengesahkannya. Namun, apa yang pasti ialah filateli hanya bermula setelah setem-setem bayaran pos diperkenalkan pada 1840.

Pengenalan Album setem yang diperkenalkan telah memudahkan koleksi setem. Album pertama dihasilkan di England pada 1852. Apabila lebih banyak setem-setem bayaran pos didapati, maka hobi mengumpul setem menjadi agak biasa. Bertambah ramai orang menaruh minat dalam hobi mengumpul setem dan filateli kemudiannya mula berkembang. Ramai pengumpul-pengumpul setem yang serius muncul dan salah satu koleksi setem terbesar dan tertua di dunia adalah dimiliki oleh Ratu England. DYTM Raja Muda Selangor juga ada memiliki koleksi setem yang baik.

Perkataan "filateli" dikatakan telah dicipta di Perancis oleh Georges Herpin pada 1864. Ia berasal daripada dua perkataan Yunani: "philos" bermakna mengasihi dan "llateleiall" bermaksud bebas daripada pembayaran. Pada asalnya filateli lebih terbatas kepada kajian label-label, melambangkan pembayaran untuk perkhidmatan pos. Daripada sini, ia diperluaskan untuk merangkumi kajian mengumpul setem bayaran pos secara sistematik, poskad, sampul surat pos, tanda pos dan bahan-bahan pos yang lain.

Wednesday, November 10, 2010

FDC 10 NOVEMBER 2010

Arini.. 10 November 2010....
ha....tubik lagi 1 keluaran FDC... tema?

1 Malaysia...

jadi, pas je exam... (aku exam mgu nihh).. aku pun kuar ngan Apple (mmber baik).. ke Pejabat Pos Batu Pahat, apa lagi, nk dapatkan set nih lah... kali nih amat murah.. RM1.90 jer..

ada 2 keping setem 50sen, 2 keping setem 30sen... + sampul 30sen.. = RM1.90...

bagi peminat FDC... terpulanglah kat kourang cmne nk lekat setem... n mengecop tuh.. kalo nk cm stadard sikit, joinlah biro..

close-Up setem..50sen

close-Up setem 30sen....
(sebab ada setem 30sen nilah FDC jd murah sikit kali ni)

bahagian belakang

ada ucapan? Dengan Ingatan Tulus Ikhlas daripada Pengerusi, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif, Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Pos Malaysia Berhad..

nih lampiran yang ada dalam sampul...

keterangan keluaran ..

sedikit huraian mengenai setem..

sedikit huraian mengenai setem...

sedikit huraian mengenai setem...

sedikit huraian mengenai setem....

dan huraian pasal 1 Malaysia.....

Friday, October 29, 2010

FDC 24 Oktober 2010 - WARISAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

ASSALAMMUALAIKUM
dan
SALAM SEJAHTERA....

alkisah, lama sungguh aku x update blog ku ini... sebab xde idea dan kekangan masa yang tidak menentu.. jadi, bila ada masa lapang nih, sempat lah aku update... meh meh tengok... FDC sempena ulang tahun kelahiran Sultan Pahang....

FDC ni dikeluarkan tanggal 24 Oktober 2010... waa.. aku sempat gak sambar 1 set...

1 set FDC lengkap berharga RM2.70
mempunyai setem RM1.00+RM0.80+RM0.60

ni pulak bahagian belakang sampul... sampul cm biasa 1 - 30sen

disebabkan xde booklets, jadi aku amik lembaran keratan setem.. 4 keping berserta dengan sisipan tepi... kautim ngan akak pejabat pos... ni setem 60 sen

ni pulak setem RM1.00

ni pulak setem 80 sen..

x lupa aku sambar sampul FDC kosong... wat simpan2..

lawa siooott....

ni pulak brosure yang ada dalam sampul..

disertakan dengan keterangan setem dan fakta..


Saturday, October 09, 2010

FDC 9 OKTOBER 2010

FDC TEMA PEJABAT POS LAMA

1 SET = RM7.40
2 FDC BERLAINAN SETEM
28 KEPING SETEM X 60SEN




TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWAT KE BLOG INI,
buat masa nih, aku x seberapa sihat untuk membuat entri, lagipun xde idea menarik untuk dikongsi bersama... insyaAllah, kita akan bertemu lagi.. teruskan blogwalking.....
sekian, terima kasih daun keladi, sok-sok jumpa lagi..

Monday, September 27, 2010

FDC 27 SEPTEMBER 2010

FIRST DAY COVER
TEMA GAYA HIDUP ORANG ASLI
LIFESTYLES OF THE ABORIGINAL PEOPLE

arini 27 Sept 2010, aku sebenarnya kalot ngan exam sidang merancang... apa tuh? sem nih aku belajar memasak.. buat kek, buat kuih, buat macam2 lah.. tp aku xkisah sangat memasak nih sebab aku suka... nak jadi cikgu KHidup nih macam2 dugaan tol. Bukan setakat kena belajar kimpal, potong besi, ketok paku, tanam pokok.. bub Ekonomi Rumah Tangga pun kena pandai sama, kena pandai menyulam, jahit baju, nih skrg memasak lak.. alahai...

Tepat kol 12 tghari tadi, aku cabut keluar ngan Apple.. (mmber sekepala yg minat FDC).. aku keluar dengan harapan dapat bookLet.. harap2 ada...detik ati aku,..

sesampai aja kat Pejabat Pos Besar Batu Pahat... nuuuihhh panjang orang beratur.. aku punyalah suspen..harap2 dapat lah.. mini setem ke apa ke... ushar2.. alahai.. FDC ngan Folder aja dijual kali ni.. Folder al-maklum dah SOLD OUT.. jadi, amik lah FDC..


lawa siot FDC kali nih... 1 set berharga RM2.40
(sampul 30sen + setem 60sen, 70sen, 80sen)

sebab cun melecun... aku amik 2 set,.. nak kasi GF satu.... kesian lak kat dia..

sampul kosong aku amik 7 keping... 30sen x 7 = RM2.10..
esok2 leh jual sekeping RM1.00

muka belakang sampul..

ni pulak brosure yang disertakan dengan sampul... memuaskan.. 30sen aja,. dah dapat sampul dengan brosure.. kos yang leh dikatakan bajet lah... yelah.. apakan sangat 30sen tuh..


muka 2 brosure.. dan dilipat 3..

AL-KISAH sebab booklet xde... aku nk amik Lembaran Setem pun tak mampu... mahal kot.. seLembaran harga RM12,RM14,RM16...

jadi?????
amik aja 5 keping x 80sen = RM4.. hehe..
aku suh mokcik PjbtPos tu kerat yang bahagian bawah aje..

sooo... arini habis berapa ringgit pun tak tahu... HOBI punya pasalllll woo...

Wednesday, August 11, 2010

FDC 10/8/2010 (2)

sambungan yang sebelumnya.. nk tunjukkan pulak brochure cover pulak... haa.. meh ushar...


kalo yang dilipat 3..



bila bukak...


helaian hadapan..

helaian belakang..

ini pulak BUKU SETEM... bagi setem 60sen.. ada 10 keping.. 1 buku hage RM6.00.. aku amik 4..itu pun yang last... 1 kasi kat Apple, ada berbaki lagi 3.. simpan 1 kat Sabri.. kalo dia tak de, leh amik kat aku nih, kalo x aku simpan je lah... untuk aku n Mimi..

bahagian depan yang berwarna-warni..

bahagian belakang...


jom ushar.. sangat unik wooo..berbaloi kalo beli...

bahagian dalam muka depan..

bahagian dalam muka belakang..

ini pulak LEMBARAN MINI yang berharga RM3.00.. aku xbeli lah pulak.. xpelah.. amik mana yang mampu sahaja...



nih pulak adalah sisa dari keratan lembaran setem 80sen.. 1 lembaran hage.. RM16.00.. (20 keping setem) ...so aku x mmpu nk beli, dapatkan yang sisa keratan pun kira dh orait..hehe..

hehe.. warna-warni sungguh..suka aku...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Menjana Kawangan