Showing posts with label CR. Show all posts
Showing posts with label CR. Show all posts
Wednesday, July 04, 2012
Monday, May 07, 2012
Tuesday, November 09, 2010
CR Punya Cerita Lor
Post kali ini merupakan lanjutan post yang sebelumnya... iaitu idea aku untuk mensirikan CR yang dikatakan RARE dan mempunyai lebih kurang 40 ribu ++ sikit.. Bunyinya agak pelik, tapi bila dikaji dan diperhatikan adalah munasabah jika ia dikhususkan dan dikategorikan mengikut skala 10ribu + 10ribu dan selanjutnya...
contoh yang dimaksudkan ialah mensirikannya..
kepada prefix siri...
CR720-siri low number (bawah 10 ribu)
CR721-siri 1
CR722-siri 2
CR723-siri 3
CR724-siri 4
dan kemuskilan...
CR725 ??? penah x jumpa...
agak2 wujud x? hurmm.......(misteriiii)
berikutnya merupakan prefix yang dikategorikan..
(dalam buku xde, aku je memandai2)
contoh pertama, prefix low number... pic nih amik kat mudah... suatu ketika dahulu.. tertarik sebab number dia yg sgt low..(boleh la kata low)...

CR 7200609...
dan ia merupakan CR yg ke-609...
maka..ia boleh dikategorikan..
sebagai low number...
(CR7200001 - CR7209999)
(1-9,999)
sebabnya? bawah pada 10 ribu...
(CR7200001 - CR7209999)
(1-9,999)
ini kerana ia mewakili keluaran 10 ribu yg berikutnya...
(CR7210000 - CR7219999)
(10,000 - 19,999)

CR siri 2...
ini kerana ia mewakili keluaran 20 ribu yg berikutnya...
(CR7220000 - CR7229999)
(20,000-29,999)

CR siri 3...
ini kerana ia mewakili keluaran 30 ribu yg berikutnya...
(CR7230000 - CR7239999)
(30,000-39,999)

CR siri 4...
ini kerana ia mewakili keluaran 40 ribu yg berikutnya...
(CR7240000 - ?)
(40,000- ???)
-----------------------------
perkiraan berlangsung....dengan erti kata mudah...
jika ada 40,000 keping CR (atau mungkin lebih) ini bermakna.. terdapat 400 stack yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia suatu ketika dahulu..(tahun 2000).. dan dimudahkan cerita, keluaran CR ini terpaksa ditarik...dan mungkin tinggal 30% sahaja.. di dalam negara..atau mungkin kurang...
Jika suatu ketika dahulu, atau PADA HARI INIi..kita masih boleh menjumpai $1.00 Gabenor Jaffar atau Gabenor Aziz.... tau RM1.00 Zet Aziz yg berprefix AA....adalah tidak berkemungkinan jugak untuk menjumpai sehelai note CR... di dalam pasaran skrg... cuma usaha dan rezeki sahaja menyebelahi kita...
Mengikut pengalaman aku sekitar tahun 2004 dan 2005... CR masih mudah didapati di sekitar Alor Setar,Kedah.. bahkan aku penah memiliki sehingga 4 keping CR ! Namun ilmu dan pengetahuan masih kurang menyebabkan ia terlepas ke pasaran semula...
Sekarang 10 tahun telah berlalu.. adakah sejarah CR di dalam aliran pasaran masih ada...?
(POST ini telah ditulis pada 8 November 2010 dan diharap menjadi rujukan kategori kepada CR hendaknya pada masa-masa akan datang,...~Bekok)
Labels:
CR,
HOBI WANG KERTAS,
RM1 ALI ABUL HASSAN
Koleksi Paling RARE
Assalammualaikum dan salam muhibah...
arini aku nk post pasal koleksi yang paling aku sayangi dan dianggap RARE...
kOurang tahu x ? duit singgit ni sungguh bernilai tinggi dan menjangkau harga RM600.00 ke RM800.00 ? wooo.. mesti x percaya kan, tp ini lah hakikatnya...
RM1.00 bersign Gabenor Ali Abul Hassan...
aku ada satu keping... condition VF..
xde hole...xde lubang... ececeh..
CR 7240718
inilah rhupe CR aku kalo nak dibandingkan dengan singgit condition UNC... warnanya masih terang dan tidak pudar... hanya qualiti je... susah sikit mau citer..
nampak x? sign yang berbeza..... yang di atas tu sign Gabenor skrg.. Zeti Aziz.. dan yang bawah tu sign Gabenor Ali Abul Hassan... bukan Aishah tauuu....
yang uniknya... CR nih hanya mempunyai.. prefix CR.. erti kata lain, wang kertas nih hanya ada susunan siri abjad CR sahaja.. xde AA...xde BK.. hanya semata mata CR 72##### sahaja...
Dan ia menjadi tumpuan para pengumpul / numismatik.. kerna dipercayai hanya terdapat beribu-ribu keping sahaja di dalam Malaysia ini..
Selain itu juga, para kolektor tidak mengetahui bahawa... CR ini mempunyai susunan keluaran atau dipanggil siri... mungkin sebahagian pengumpul atau numismatik tidak dpt menerima idea ini... Knapa?
ok...cuba cheak....
CR 7200000 - CR724++++
CR 720#### - siri low number
CR 721#### - siri satu
CR 722#### - siri dua
CR 723#### - siri tiga
CR 724#### - siri empat....
----------------------
DAN... aku hanya mempunyai sekeping CR siri 4... dan adalah menjadi isu di sini adakah idea ini dapat diterima umum atau sebaliknya? Aku tetap dengan prinsip aku, insyaAllah kalo ada rezeki lebih mungkin aku boleh menjejaki siri low number, siri 1,2 dan 3....
Kajian aku selama berbulan-bulan masih gagal menemukan specimen / item yang memiliki prefix siri CR 725#### dan..hipotesis awal yang dpt aku simpulkan bahawa, hanya ada keluaran setakat 40 ribu sahaja (maybe lebih....) tetapi kurang dari 50 ribu...!
tetapi persoalannya...adakah bilangannya masih banyak sekarang?
mungkin keluaran/ cetakkan yang ke 40,718 ....
Labels:
CR,
HOBI WANG KERTAS,
RM1 ALI ABUL HASSAN
Subscribe to:
Posts (Atom)






