SETELAH berkhidmat selama 16 tahun sebagai Gabenor Bank
Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dijangka akan meninggalkan
tugas beliau itu pada April ini secara rasminya.
Menurut sumber terdekat, kontrak Zeti sebagai Gabenor BNM
akan mula tamat pada bulan berkenaan, sekali gus memerlukan beliau untuk
mengosongkan jawatan eksklusif dalam bidang kewangan dan perbankan negara itu.
Ia sekali gus menafikan beberapa laporan media yang
mengatakan bahawa Zeti dipecat atau memecat jawatan kerana tidak bersetuju
dengan sesuatu isu.
Selain Zeti, beberapa rakan sejawat beliau juga akan turut
tamat perkhidmatan pada tahun 2016 ini.
Antara yang disebut adalah Gabenor Reserve Bank of
Australia, Glenn Stevens yang telah berkhidmat selama sedekat memegang jawatan
tersebut.
Turut disenaraikan akan mungkin tamat perkhidmatan adalah
Raghuran Rajan, Gabenor Reserve Bank of India yang dipegangnya sejak 2013.
No comments:
Post a Comment