Wednesday, March 31, 2010

Ermm..Nothing To Say..

lagi berita tapi dh lama dh...cuma...
bila berdaki..kompom berbau..
penjenayah tinggalkan 'najis'!

KAJANG – Tindakan dua anggota polis peronda yang menahan dan memeriksa sebuah kereta Proton Wira membongkar rahsia besar iaitu kegiatan sindiket mencetak duit syiling 50 sen palsu.

Kereta dinaiki dua lelaki itu ditahan pada pukul 5 petang kelmarin di Jalan Restu menghala Semenyih dekat sini oleh dua anggota polis peronda yang curiga melihat kenderaan itu seolah-olah membawa barang terlalu berat.


Sebaik memeriksa but kereta itu, anggota polis tersebut terkejut menemui 35 beg plastik yang mengandungi duit syiling palsu yang kesemuanya berjumlah 35,000 keping.

Anggota polis itu turut menemui dua alat acuan berbentuk bulat yang menyamai saiz duit syiling tersebut.


LAGI BERITA...

KUALA LUMPUR: Pernahkah anda ketahui kemungkinan duit syiling 50 sen yang ada di dalam simpanan anda adalah palsu?

"Kami mendapat tahu tentang perkara ini apabila ada peniaga datang bertanya di pejabat kami mengapa duit syiling mereka tidak diterima oleh mesin-mesin meter tempat letak kereta di Kuala Lumpur, Jinjang, Selayang dan sekitar kawasan Majlis Petaling Jaya.

"Apabila kami periksa duit-duit syiling tersebut, kami temui beberapa perbezaan di antara syiling yang betul dan palsu, seperti logo wau di belakangnya tidak begitu terperinci.

"Bila duit-duit syiling dijatuhkan ke lantai, kita boleh bezakan melalui bunyinya," ujar Ketua Belia Gerakan Ma Woei Chyi semalam.


Tambahnya, cara terbaik untuk menentukan keaslian sesebuah syiling itu adalah melalui satu ujian mudah menggunakan magnet.

"Syiling yang tulen tidak akan bertindak terhadap magnet, manakala yang palsu adalah sebaliknya kerana kita percaya duit syiling tiruan diperbuat daripada bahan-bahan mentah yang lebih murah, seperti besi.

"Kami syak yang duit-duit syiling ini adalah palsu dan kami mahu orang ramai berhati-hati dan sedar akan perkara ini, " katanya.

Ma memberitahu media semalam bahawa terdapat lima kes diterima daripada peniaga-peniaga yang bertanya tentang ketulenan duit syiling 50 sen mereka sejak bulan lepas.

Dia menyeru agar Bank Negara menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan segera.

"Sebelum ini, kita telah saksikan sendiri duit syiling RM1 yang palsu. Saya harap, perkara ini dapat diatasi sebelum masyarakat hilang kepercayaan terhadap duit syiling 50 sen," tambah Ma.

Dalam pada itu, seorang pegawai Bank Negara ketika dihubungi semalam berkata: "Ketika ini, kita tidak boleh lagi mengulas tentang perkara ini. Tetapi, saya nasihatkan orang ramai supaya membuat laporan polis jika rasakan duit syiling 50 mereka adalah palsu.

"Kami sentiasa bekerjasama dengan pihak polis dan mereka mempunyai kuasa untuk menyiasat perkara ini. Orang ramai juga boleh membantu dengan memberitahu kami dari mana mereka perolehi duit-duit tersebut."

Tambahnya lagi, bilangan kes penipuan duit syiling 50 sen ini bagaimanapun adalah sangat rendah.

"Ujian magnet dan bunyi boleh digunakan untuk memastikan tahap ketulenan duit syiling. Tetapi, saya seru orang ramai agar menggunakan duit-duit ini tanpa sebarang keraguan," katanya.

OK, APA KATA BNM?
HURMM.....



Ref No: 06/06/08

Embargo: For immediate release

Penjelasan mengenai duit syiling palsu 50 sen

Laporan-laporan akhbar baru-baru ini yang mengatakan terdapat banyak duit syiling 50 sen palsu dalam edaran adalah tidak benar dan mengelirukan. Penyiasatan oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan bahawa kes pemalsuan sedemikian adalah terpencil dan jumlah yang terlibat amat kecil.


Bank Negara Malaysia bekerja rapat dengan pihak Polis Diraja Malaysia dalam menangani kes pemalsuan wang kertas dan duit syiling dan tindakan-tindakan segera diambil untuk memberkas mereka yang terlibat dalam aktiviti jenayah sebegini. Orang ramai perlu terus menggunakan duit syiling 50 sen tanpa sebarang keraguan.

Bank Negara Malaysia
22 June 2006

© Bank Negara Malaysia, 2010. All rights reserved.


Lambakan Duit Palsu di Pasaran?

..aku muskil sungguh...
hari2 penggunaan kita dalam urusan wang neh..
berita nih dah lama pun..jom ushar..

JOHOR BAHRU: Polis Johor menumpaskan kumpulan membuat wang syiling palsu dan menahan tujuh individu termasuk seorang wanita dalam empat serbuan berasingan di Kulai dan Pontian sejak 9 Ogos hingga Sabtu lepas.




Ketua Polis Johor Datuk Hussin Ismail berkata dalam keempat-empat serbuan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor berjaya merampas sejumlah 32,300 keping syiling 50 sen Malaysia palsu berjumlah RM16,150, syiling S$1 Singapura sebanyak 85,280 keping berjumlah S$85,280 dan 120 keping syiling RM1 berjumlah RM120.

"Serbuan pertama dilakukan kira-kira 12.10 tengah hari Rabu lepas ke atas sebuah premis di Taman Putri Kulai. Ketika serbuan, premis itu bertutup dan kita percaya ia pernah dijadikan kilang membuat syiling palsu berdasarkan penemuan sekeping wang syiling 50 sen Malaysia dan dua keping besi nipis yang masih belum bercetak," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini.

Hussin berkata dalam serbuan kedua di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Pontian, kira-kira 12.15 tengah hari pada hari yang sama, pihaknya menahan lima lelaki dan seorang wanita berusia 20 hingga 30 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan menghasilkan wang palsu dalam bengkel berkenaan.

Katanya pemeriksaan lanjut di dalam bengkel itu menemui syiling S$1 sejumlah 85,000 keping, syiling 50 sen sebanyak 2,700 keping bernilai RM1,350, dua pasang acuan untuk wang syiling 50 sen tahun 2004 dan 350 keping tembaga yang masih belum bercetak.

Polis turut menemui sepucuk revolver .22 Smith & Wesson dalam keadaan terlerai, 29 butir peluru jenis Super X .22 dan dua butir peluru GFL 7.65 mm, di tingkat atas bengkel dua tingkat itu, katanya.

Beliau berkata polis seterusnya membuat serbuan ketiga kira-kira 10 pagi di sebuah bangunan perniagaan Sabtu lepas dan menemui 19,600 keping wang syiling 50 sen berjumlah RM9,800 serta pelbagai peralatan dan mesin menghasilkan syiling palsu di dalam bangunan berkenaan.

"Antara ditemui termasuk empat tangki air yang berisi cecair disyaki bahan kimia bagi menjalankan kerja menghasilkan syiling, tiga kampit asid borik, sekampit sodium dichromati, empat tong asid sulfurik, sebuah mesin pengering, 29 acuan kosong, dua unit acuan bertanda 20 sen, dua acuan bertanda 10 sen, dua unit acuan bergambar wau bulan dan dua unit mesin besar untuk membuat syiling," katanya.

Katanya pemeriksaan lanjut di sebuah bilik kecil di bangunan itu turut menemui 10,000 keping syiling palsu 50 sen berjumlah RM5000, dua mesin mencetak syiling, 280 keping syiling S$1, 120 keping syiling RM1, sebuah mesin jenama Festo dan empat pasang acuan syiling 20 sen.( serius menakutkan! yelah syiling 20sen pun dipalsukan!)

Hussin berkata susulan serbuan ketiga, polis seterusnya berjaya menahan seorang lelaki berusia 47 tahun dalam serbuan terakhir kira-kira 1.45 tengah hari, hari yang sama di rumahnya di Taman Rimba Jaya, Rimba Terjun, Pontian.

Beliau berkata, lelaki berkenaan merupakan pemilik sebuah kilang di Jalan Parit Masjid, Pontian dan pemeriksaan di kilangnya menemui sebungkus plastik hitam mengandungi tiga pasang acuan syiling 50 sen yang bercop Wau Bulan tahun 2005 dan sepasang playar yang diubah suai bagi membentuk syiling.

Katanya kesemua termasuk tiga lelaki warga China dan wanita warga Indonesia yang ditahan kini direman sehingga esok untuk membantu siasatan dan kesemua mereka boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 232 dan Seksyen 235 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan.

"Kita percaya kumpulan ini terlibat dalam kegiatan ini sejak tiga bulan lepas berdasarkan tempat ia dijalankan. Bagimanapun, kita masih menyiasat kemungkinan ia dilakukan sejak tahun lepas kerana ia turut melibatkan RM1 yang kini tidak digunakan lagi di negara ini," katanya.

Ekoran itu, polis juga kini mencari lima lagi lelaki yang dipercayai seorang daripada mereka perancang utama kumpulan itu untuk membantu siasatan dan meminta orang ramai menghubungi polis jika mempunyai sebarang maklumat.

"Mereka yang dicari adalah Koh Hee Chan atau Ah Chan, beralamat terakhir di 28, Bandar Permas, Kukup, Pontian; Khor Chua Guan atau Ah Siaw, beralamat di 2639, Sungai Udang, Nibong Tebal, Pulau Pinang; Kak Man Cheong, beralamat di Batu 10, Jalan Paloh, Yong Peng, Johor; Lew Chin Chung, 1842-1843, Taman Ujong, Seremban dan lelaki yang dikenali sebagai Ah Heng, yang tidak diketahui alamatnya," katanya. BERNAMA



RUMUSAN

rasanya..leh diandaikan bahawa..
duit 50 sen palsu lebih cenderung kepada tahun

2004 dan 2005

Tuesday, March 30, 2010

RARE 50 Sen 1995

Ada apa pada syiling? Ada apa pula dengan bank note? Semua merupakan wang atau pengantaraan dalam urusan jual beli dalam kehidupan harian, tanpa wang? Kita x boleh membuat anjakan kerana pada zaman ini, wang adalah segalanya.. Kalo ada tanah pun, kalo tak ada wang...silap silap kena sita je harta tuh, yelah kena bayar cukai... isk2..dunia-dunia...

Banyak ckp..jom ushar...


Harga sekeping 50 sen tahun 1995 ini dikatakan
boleh 'GO' sehingga rm40 - rm45 sekeping...
bagi condition UNC/BU dan makin meningkat saban tahun
.. kenapa?

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh
Bank Negara Malaysia atau BNM..
terdapat 1,650,423 keping sahaja yang dikeluarkan..

Jika dikira jumlah itu bersamaan dengan RM825,211.50. Apakan sangat jumlah ini kerana masih dianggap kecil dan tidak mencecah rm1 juta ringgit.. Kalo xpercya, cuba cheak poket, kocek, kopek, semualah..tabung cap ayam...ok.. ada x
50 sen - 1995? susah kan..

Sebab inilah ia digelar RARE dan most popular dan
top ten dalam list duit syiling yang diburu ramai...

Jom ushar..

- 50 sen - tahun 1967,1968,1969 Milled Edge
(hage GO rm1000 - rm2100)


- 50 sen - tahun 1969 Security Edge
(hage GO rm450)


- 50 sen 1967 + 1968 Security Edge
(hage GO rm80)


- 50 sen tahun 1995
(hage GO rm40.00)


- 50 sen tahun 1979
(hage GO rm40.00)


Statistik / Mintage

1967 - 15,000,000 keping
1968 - 12,000,000 keping
1969 - 2,000,000 keping
1971 - 8,403,563 keping
1995 - 1,650,423 keping

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Jadi? Ushar-usharlah 50 sen nih..mana tau leh jadi '1 aset' untuk anak-anak cucu kita suatu hari nanti...kan,kan....




Syiling 10 sen Error Tempaan

2 keping syiling nih aku dapat ketika dok
membelek syiling sejak 2 tahun yang lalu..
rupanya seperti syiling2 yang lain, berat pun lebih kurang...

bukan besi tapi Copper-Nickel..

cumaa....

tempaan tahun syiling ni kurang jelas dan dianggap RARE..

bahagian belakang syiling ni ok lah pulak..
ermm..agak2 ada nilai x? jual dapat berapa ek?

50 SEN PALSU?


it so rare..but.. how many at out there...
cewah...speaking lak konon...

apapun post kali ni sal duit 50 sen palsu yang ambo jumpe kek mokcik kanting... haha..burok beno atte berckp neh... cm biasalah dairy hidup aku kat sekolah, sembang ngan mokcik kantin.. arini aku amik kesempatan tukar syiling ngan dia...lalallaala...

jumpa gak sekeping 50 sen palsu...rupanya sama,tp cara pembuatan agak simple n nampak ketara..sangat...ringan n kalo dijatuhkan bunyi ting-ting dia lain...

umpama Token kat Summit Prade tuu...ngeh2...
meh ushar jap... 50 sen PALSU...

awas..berjaga jaga lah...

yang kanan ni PALSU
pastu yang kiri ni original


di bahagian belakang syiling
kelihatan corak wau lebih besar dan seninya tak seberapa kemas
yang kanan ni PALSU
pastu yang kiri ni original


cuba lihat syiling palsu di bahagian atas ini, tulisan NEGARA jauh lebih halus dan tidak tenggelam seperti syiling ori di bawah..

tulisan MALAYSIA pula..leh bezakan tak? haa...

OLEH ITU BERHATI HATILAH DALAM URUSAN JUAL BELI DALAM KEHIDUPAN HARIAN OK???

Saturday, March 27, 2010

10, 20, 50 SEN tahun 1988 & 1989 ?

masih tertanya tanya dengan entri nih? haa.. ada perbezaan tau! yelah... aLL sen tahun 1988 merupakan edisi last bagi siri muka Parlimen dan diganti dengan edisi siri ke-2.. yang bertemakan kebudayaan... iaitu..

1 sen - Gong Beduk ,
5 sen - Gasing,
10 sen - Congkak ,
20sen - Tepak Sirih,
5o sen - Wau Bulan

apapun..meh kita ushar koleksi yang aku ada nih,...
erm...

10 sen
1988 / 1989

20 sen 1988

20 sen 1989

Friday, March 26, 2010

RM1.00 'SENGAL'

tajuk nih aku buh nama RM1.00 SENGAL..
atau sebut cmnih... singgit SENGAL...
haha.. ada gak lah sikit 2,3,4 koleksi aku
kategori duit buruk lah...
jom ushar tengokkkkkkkk.............

kalo korang perasan, tgk no prefix kanan dan kiri neh,
haa.. 'L' tu tersasar sikit ke kiri..eh,eh,eh..

Lihat kanan yang ni pulak abjad 'X' tersasar 'sikit' ke kiri
eh,eh,eh malu agaknya kat abjad 'J' hahaha..

Tgk prefix baris kiri neh..haaa, ni lagi kurang ajaq...tgk tuh..
'XP' lari sasar terus dari nombor..
apalah diorg nih cetak asing2 kew..???

ni paling aku syg n anggap special.haaha..
ingat fond dalam word je leh BOLD?
duit singgit pun ada BOLD tau...pastu terkuar kuar lak ink dia

..isk-isk-isk....
nasib lah tak jadi duit gantian..
kui-kui-kuiii...


sekian sahaja koleksi RM1.00 SENGAL..

~~~berjumpa lagi....~~~~to be continue~~

Thursday, March 25, 2010

RM10.00 - nampak biasa, tapi???

jeng-jeng-jeng...
merah bukan sebarangan merah..
merah ni leh beli ais krim 10 biji or burger 4 biji..
haha..nilah nilai duit merah RM10.00...

hehe....
5 keping je pun dalam album....


Aku ada sekeping je duit nih...alahai...
Inilah RM10.00 keluaran tanpa Belang Sekuriti/ Keselamatan di bahagian hadapan sebelah kanan seperti yang kita gunakan dahulu.

RM10.00 gantian...tapi prefix ZC..
ZA & ZB belom jumpak lagi.......huhu..

RM10.00... prefix ZC jugak...
2 keping bagi koleksi nih..

ni pulak aku tak pasti nak panggil apa, radar number ke... isk.. tapi ada lah 1 istilah tu, apa apa je lah..janji aku simpan duit nih sebab no dia bgus n cantikkkkkk..
cantik bagi aku, n bawa makna bagi aku...

ni sekeping lagi...waaa...

Koleksi RM2.00... wooo!!!

sejarah bank note malaysia sekali lagi mencipta sejarah apabila menerbitkan nilai not rm2.00... dan ditarik balik beberapa tahun kemudian dengan alasan note tidak berkualiti!

sejarah jugak memperlihatkan note rm20.oo (coklat) ditarik semula dari pasaran dan tidak dikeluarkan sehingga nilai sekeping note yg berstatus UNC boleh dijual pada harga rm180.00!

masa akan tiba jua...cuma tak pasti bila...

nilah koleksi rm2.00 aku........ lallalala..
kayo pokcik kayooo..........
10 tahun dari sekarang kott...

memula sign beliau nih
gabenor Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don

pastu sign Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman
ni siri 1 zaman gabenor beliau

pastu sign Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman
siri 2 lak..

depan... kayo pokcik kayoo..

belakang side..

tu dia...bnyak2... ada 35 keping.. 3,3 sign ada..woo...


kalo lah 10 - 30 tahun akan datang lagi sekeping leh jadi rm400..
woo..kayo pokcik waqi..ngeh2...
tapi ikhlas untuk warisan anak dan cucu ku...
cewahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..


Koleksi RM1.00 Prefix Z - AAA + AAB

aku dalam proses nk memuatkan album aku sampai jadi penuh penuh... cuma, koleksi gantian je belom dapat lagi! huhu...banyak jugaklah modal aku kuarkan untuk hobi aku nih, hobi aku ni dh lama dh berlangsung cuma! yaAllah, aku telah kehilangan satu album duit.. tak tahu lah hilang kat rumah ke kat hostel..mmg terasa sgt sgt yelah yg ingat dlm tu ada rm20 coklat (3kpg), pastu rm10 lama (2-3kpg), rm1 lama...byk keping... rm5 lama...bykkkkkkk kpg gak...wowowo..dimana kan ku cari ganti? huhu,....

antara prefix gantian RM1.00 yang belom dapat..ialah...

ZA ZB ZC ZD ZE ZW

Berikut merupakan
Koleksi RM1.00 Prefix Z - AAA + AAB

yang baru aku kumpul..ngeh2... xcukup lagi ni oooooi..







Skrg nih dalam proses nk buat siri AAA sehingga AAZ..
InsyaAllah....

Tuesday, March 16, 2010

ParTiMe YaNg MeMenaTkaN!

al kisah ari jumaat lepas aku cepat cepat bergegas balik, nek viva pecut sampai 140km/jam laju giler..dh nek 4 org...aku+kole+kudut+spendor... perjalanan dari pukul 1petang jumaat selamat sampai ke Parit Buntar dalam pukul 9 malam..waaah..letih sgt2... bukan apa. aku kejar trip ke Teluk Bahang...memasak bai!

Haha..kisahnya...sabtu n ahad tu ada keja, leh duit sikit...celah gigi je nilai duit bagi aku nih, boroslah katakan, erm...susah nk citer, byk sungguh aktiviti...jom ushar je gmbr!!!

kenduri ari sabtu
makan 2000 orang
gaji? rm130.00

serius letih, serius penat..
ini bukan main2..

sumber rezki aku, cara partime..

posing jap ngan baju baru,..hehe..

xde nih xde seri!
cam malam pertama lah...ngeh2..

taburrrrrrrrrr...

tak rhupe ayam dh pung..

alkisah keja aku lebih kpd tanggungjwb menyediakan lauk2 pengantin nih, pastu baru pikir nk wat apa apa... ikut duty la .. insyaAllah semua aku leh wat.. ikut hati nih kawen aku nnt pun aku nk masak sendiri.. tapi sapa lak nk jadi pengantin? haha...mmpus..

ni set damai - set meja makan
hari sabtu nyer *

pelamin....

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

kenduri ari ahad pulak!
makan 1200 orang...
gaji? rm100.00 jer..

jom ushar cmne nk wat lauk pengantin
so simple je keja aku nih

memula kena goreng ayam bulat + ikan sekap
pastu wat kuah dia, ayam tu kena salut lak masak sekali lagi ngan masak kurma, nilak hiasan dia..kreatif x aku? so simple simple je..pengantin tuh bukan nk makan pun..haha...

time tu baru pas wat nasik HUJAN PELANGI? apakah nama pelik sungguh nasik nih! hbs warna warni tangan aku nih...haha... sempoi ar...kalo pengantin tgk kompom lari, mak andam pun leh muntah kuning....uweeekkk..

memula, aku mula lah selongkar tong sampah cari batang ubi bawang nih.. haha lawak je...xkan lah nk amik sampah tong? amik yg baki masakan lah,... =)

gunakan sebilah pisau yang tajam,...
cing-cing-cing kita potong ketuk2 atas batang tuh,
katam kan...alah-alah cmnilah...adehh..

dah siapp...wat banyak2..

pastu...

amik timunnnnnnn....
skrg hage timun mahal..
tokey tu ckp...haaha..lawak giler!
"sikalang ek, janda suka cri ini barang"
hahaha...so siAL..

pastu? jeng-jeng-jeng?
agak2 korang cmne lah aku wat ek? =0)

pastuuuu kita ushar lak ikan sekap yang digoreang aku awal subuh tadi... 1,2,3,4,5,6 ah, cukup 6 kepala, maknanya kucing xmakan lah..haha...sengal...

ni lak kuah sos sweet sour...
gabungan 3 jenis sos...
syuu...rahsia!

akan ku susun semua pinggang nasik tambah ni banyak2 atas lantai...ikotlah kalo ada meja atas meja lah,...pastuuuuuuuuuu..

seputkan sos atas ikan tuh..
cucuk bunga kat insang dia..
HEMSEM punnn...

pastu aku tabur je sesuka hati aku..,
xmacam semalam, smlam pesyen lain...haha..

ni fulak ayam golek bulat berkurma..
tah apa apa aku hias..mmpus lah..
bukan aku nk makan pung....xde idea dh..
ingat nk wat bunga karot...karot lak hbs pi tabur atas nasik

hurmmm..
selain keja nih aku gak wat basuh pinggan
pastu kacau kacau sikit gulai tuh,
jaga nasik...haha..

JOMM...Ushar lak pelamin pengantin hari Ahad..haa.. Bertemakan merah+hitam.. yang semalam putih ngan hitam...orang yg sama buatkan...entahlah berapa ribu ek dia cas? ermm., untung sungguh bisnes kawen2 nih! haaa...

just tukar kain jer..

gubahan lebih kurang semalam..haha..
sian pengantin ari ahad...


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

ada gak malang menimpa...
malam tu, malam sabtu..aku letih sgt sgt..serius letih betul..disebabkan tuh aku xmakan 1 hari tapi mmpu pulak wat keja, malam ni plan nk makan puas2 ar kat Batu Feringgi.. BATU mmg BATU, sebutir singgah kat gigi kapak aku, "prupppp"..huhu dh retak pung!
yaAllah, yaAmpun cepat2 aku insaf...mmg aku ada kutuk megutuk orang pasal gigi nih, kejap je Allah nak kasi balasan, huhu...seribu keinsafan menjelma, menerkah sanubari aku nih, apa nk buat? 'nasik sudah jadi mentah' bak kata pepatah....

tgu masa je..ngeri dh aku pasni..
nk makan pn xde selera dh...huhu..perit2..

*********

huhu...terima lah seadanya,...
kalo patah, kompom leh jadi serpih..
pasni mmg aku hati2 sangat2...
gilerm kalo terkunyah batu lagi lehhh pecah gigi nih!
huhu..xkan nk muda muda gigi xdE?
hoooooooooooooo.....=(

gaji total rm230.00 hujung mgu nih
pastu adalah sikit2 tambahan,...
alhamdulillah syukurrrrrrrrr...
waaaa...mewah gak rupanya aku nih ngeh2..
sapa nk jadi awek saya sila angkat tangan!


lepas lah duit perjalanan balik aku,
untung sana sikit sini..
adalah banyak nih dalam simpanan wallet..
agak seminggu nih leh hbs tak?????????
hohohooooooooo...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Menjana Kawangan